Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.sés] | ڤروسيس

Definisi : (prosés) 1. satu siri perubahan yg ber­laku secara semula jadi: sedangkan kanak-kanak menghadapi ~ perkembangan jiwa utk mendapatkan bahan-bahan ilmu; 2. satu siri tindakan yg dilakukan utk membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu; 3. kaedah teknik operasi yg digunakan dlm industri utk membuat sesuatu: di Indonesia nampaknya ~ penyaringan dan penapisan masih perlu dijalankan utk dapat memisahkan antah drpd beras; ~ Haber (Kim) sj proses utk menyediakan ammonia drpd nitrogen; 4. Id pembicaraan dlm mahkamah; berproses telah diproses: sebilangan besar makanan ~ diimport dr luar negara; memproses 1. mengambil tindakan tertentu terhadap sesuatu mengikut prosedur yg ditetapkan: pihak majikan sedang ~ permohonan mereka; 2. mengolah bahan men­tah menjadi barangan siap: sudah ada banyak kilang yg menggunakan alat moden utk ~ barang-barang yg hendak dieksport; pemprosesan perbuatan (usaha, kerja dsb) memproses: ~ permohonan utk mengimport barang; ~ makanan; ~ data; pemproses 1. alat (kilang dll) yg memproses sesuatu: penggunaan komputer sbg ~ perkataan; ~ makanan; 2. (Komp) perka­kasan atau perisian yg mempunyai kemam­puan mengolah data bagi mencapai sesuatu hasil: penggunaan komputer sbg ~ kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.sés] | ڤروسيس

Definisi : /prosés/ 1 perubahan, peristiwa dll yg berlaku berturut-turut dgn sendirinya: ~ perkembangan jiwa; ~ penghadaman makanan. 2 cara atau kaedah tertentu yg diikut utk membuat sesuatu: ~ Bessemer salah satu cara membuat keluli yg dipelopori oleh Bessemer. 3 beberapa perbuatan berperingkat-peringkat yg dilakukan utk mendapatkan sesuatu: ~ pengeluaran minyak kelapa sawit memang rumit dan memerlukan modal yg banyak. memproses 1 membuat (menyediakan, menjalankan) sesuatu menerusi berbagai-bagai proses: Sebuah kilang ~ minyak telah dibina di Port Dickson. 2 membubuh ubat pd kayu supaya tahan lama (tidak dimakan ulat dll). pemprosesan perbuatan atau hal memproses. pemproses 1 alat, kilang dsb yg memproses sesuatu: ~ makanan. 2 ist perkakasan atau perisian yg mempunyai kemampuan mengolah data bagi mencapai sesuatu hasil: Penggunaan komputer sbg ~ kata. ~ imej ist pemproses dlm sistem komputer yg digunakan utk memproses imej (bentuk grafik). ~ kata ist atur cara atau program komputer utk tujuan menulis, mengedit, menyimpan dsb teks, dan seterusnya mencetak teks tsb. ~ kembar ist sistem komputer yg mempunyai dua pemproses yg membolehkan sesuatu atur cara dijalankan dgn lebih pantas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
proses (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan operasi, perjalanan, tindakan, pergerakan, perkembangan;,
Kata Terbitan : memproses, pemprosesan, pemproses,


NRE

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.nre.gov.my/Blogucapannre/home.aspx Home - BlogUcapanNRE cara untuk menentukan parti mana yang membentuk kerajaan. Sebagai rakyat di negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan kita mempunyai kebebasan mengundi setiap 5 tahun melalui saluran pilihan raya telus. Dakwaan bahawa proses pilihan raya tidak telus dan korup adalah amat tidak berasas. Bagaimana kita boleh mempunyai 86 ahli parlimen dari pihak pembangkang dan 5 negeri dikuasai oleh pihak pembangkang dalam pilihan raya Peranan ini amat penting untuk menjamin kepentingan generasi masa kini dan masa akan datang sentiasa terpelihara. 9. Akan tetapi hasrat mencapai matlamat sustainable development bukan sesuatu yang mudah memandangkan dalam proses mencapainya kita berhadapan dengan tuntutan-tuntutan daripada pelbagai pihak berkepentingan. Kita perlu ingat bahawa constituents kita bukan sahaja terdiri daripada orang awam tetapi juga orang politik, ahli-ahli dewan undangan Highlighter.aspx?DocId=68&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=8&hits=6c4+d5c+11ba+1288+25ec+27ca+28bc+2d1e+
http://www.nre.gov.my/Malay/Pages/MyID.aspx Perkhidmatan Sudah MyID NRE rujukan apabila warganegara Malaysia mengakses atau menjalankan carian dalam perkhidmatan online agensi dan kios; • Memastikan dokumen yang dikeluarkan untuk individu mempunyai nombor MyKad sebagai nombor rujukan; dan • Mengkaji dan memastikan proses kerja dan sistem ICT di agensi secara menyeluruh menyokong pelaksanaan MyID. Buat masa ini pelaksanaan MyID hanya membabitkan perkhidmatan awam saja dan tidak membabitkan institusi bukan kerajaan seperti bank. Bagi Highlighter.aspx?DocId=65&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGNre&HitCount=1&hits=2b7+

Kembali ke atas