Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.yu] | ملايو

Definisi : nama suatu bangsa dan bahasa (ter­utama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihat­kan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) meme­layukan: ~ istilah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.yu] | ملايو

Definisi : 1 nama asal bangsa yg mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya. 2 nama suku bangsa, terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu: masuk ~ mengikut cara hidup orang Melayu. memelayukan menterjemahkan ke bahasa Melayu. kemelayuan sifat atau ciri yg menunjukkan keperibadian Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Melayu

Puisi
 

Sayang encik Melayu,
     Pakai serban senget sebelah;
Kalau berbunyi burung jentayu,
     Ayam di reban serba salah.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Belum sekuku.

Bermaksud :

Amat sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

74

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya.” Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur! ” tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(647)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pok sekarat[po/ s«.kA.ÄAt] baju Melayu zaman dahulu berleher cekak musang tetapi berbutang hingga ke bawah , biasanya bercorak belang dan dibuat daripada jenis kain yang licin.Aki sayang beno dengan pok sekarat lamanye tu.[A.ki sA.jAN b«.n d«.NAn po/ s«.kA.ÄAt lA.m«.ø« tu]Aki sangat sayang baju Melayu lamanya itu.
pakok[pA.ko/]kata kerjacara menyambut batu seremban (sejenis permainan tradisional Melayu).Milah pandai pakok batu seremban.[mi.lAh pAn.dAj pA.ko/ bA.tu s«.Ä«m.bAn]Milah pandai menyambut batu seremban.
calong[tSA.loN]kata namasejenis parang yang bahagian hujungnya bengkok (senjata lama orang Melayu).Parang calong tu ayah tak nak jual pase dah jadi antik.[pA.ÄAN tSA.loN tu A.jAh tA/ nA/ dZu.wAl pA.sE dAh dZA.di An.ti/]Parang calung itu ayah tidak berhajat untuk menjualnya sebab sudah menjadi barang antik.

Kembali ke atas