Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akan

Puisi
 

Tempurung bermata tiga,
     Ayam di bawah rumah kandang-kandangan;
Akan terturun akan tiada,
     Lekat di rumah berpandangan.


Lihat selanjutnya...(74)
Peribahasa

Condong yang akan menongkat,
     rebah yang akan menegakkan.

Bermaksud :

Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu.

 

Lihat selanjutnya...(381)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
senang[s«.nAN]kata namapokok hutan seakan-akan pokok salak yang berduri, buahnya bergugus seperti buah rotan dan rasanya kelat. Pelepahnya digunakan untuk membuat nyiru.   
landau[lAn.dAw]kata namasejenis hidupan laut seakan-akan gamat tetapi lebih besar.   
buoh panca[bu.wh pAn.tSA] buah hutan seakan-akan buah rambai tetapi bujur dan apabila matang berwarna kekuningan, ia berbuah pada batang dan rasanya masam.   
pokok ari[p.k/ A.Äi] keadaan cuaca yang mendung menandakan hari akan hujan.Cepat angkat kaen weh, pokok ari dah nampok tu.[tS«.pAt AN.kAt kA.en weh p.k/ A.Äi dAh nAm.p/ tu]Cepat angkat kain, awan mendung sudah nampak.
semut menesan[s«.mut m«.nE.sAn] semut warna dan bentuknya seperti kerengga. Tinggal di bawah-bawah tikar, sudut-sudut rumah, gemar makan manisan. Apabila semut ini ada, semut lain tidak akan datang. Semut ini tidak menggigit.   
tengke[t«N.k«]kata namajarak masa.Tengke seminggu lagi koi datang semula.[t«N.k« s«.miN.gu lA.gi kj dA.tAN s«.mu.l«]Jarak masa seminggu lagi saya akan datang semula.
panggong[pAN.goN]kata kerjameletakkan sebelah paha ke atas sesuatu (seperti bantal, kusyen, orang).Adek tak tido lena kalo tak panggong bantal.[A.de/ tA/ ti.do lE.nA kA.lo tA/ pAN.goN bAn.tAl]Adik tidak akan tidur kalau tidak meletakkan sebelah pehanya ke atas bantal.
berado[b«.ÄA.d]kata kerjamengeratkan hubungan persaudaraan dengan berkunjung dan bermalam, berambeh.Pak Lang nok ke Mekoh, keneloh kite berado sari duo.[pA/ lAN n/ k« m«.koh k«.n«.loh ki.t« b«.ÄA.d sA.Äi du.w]Pak Lang akan ke Mekah, kenalah kita berado sehari dua.

Kembali ke atas