Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.go.ta] | اڠݢوتا

Definisi : 1. bahagian tubuh, terutama tangan dan kaki: duduk membongkok tidak menye­nang­kan ~ badannya; 2. ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dll): ~-~ pasukan bomba bergesa-gesa ke tempat kebakaran itu; ~ perwakilan asing; ~ polis; ~ tentera; beranggota mempunyai anggota; beranggotakan mempunyai sbg anggota atau ahli; menganggotai menjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll): pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pel-bagai seni; Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial; keanggotaan perihal menjadi anggota, ke­dudu­kan (hak) sbg anggota, keahlian: komunis China menuntut ~nya diterima dlm Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ negara itu dlm per­tubuhan tersebut dicabar oleh beberapa buah negara anggota yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.go.ta] | اڠݢوتا

Definisi : 1 bahagian tubuh (terutamanya tangan dan kaki): ~nya terasa sakit-sakit setelah ikut serta dlm perlumbaan jalan kaki. 2 orang yg turut serta dlm sesuatu pertubuhan (syarikat, kesatuan dll): Ayahnya ~ polis. menganggotai menjadi anggota dlm sesuatu pertubuhan dsb: Beberapa orang kenamaan telah turut ~ syarikat kerjasama itu. keanggotaan hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggota

Peribahasa

Tangan yang celaka kerja jatuh.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nyeng[øEN]kata adjektifberkenaan anggota badan yang luka parah atau hancur.Nyeng sebelah badan pon idop lagi.[øEN s«.b«.lAh bA.dAn pon idop lA.gi]Hancur sebelah badan pun masih hidup lagi.
keleheng[k«.lE.hEN]kata adjektifberkenaan anggota badan seperti tangan, kaki yang tidak sempurna kedudukannya.Pak Mat keleheng lehe kerane kemalangan.[pA/ mAt k«.lE.hEN lE.hE k«.ÄA.n« k«.mA.lA.NAn]Leher Pak Mat keleheng akibat kemalangan.
ngelotek[N«.l.tE/]kata kerjamenggerakkan sebahagian anggota badan (berkenaan ekor, jari).Eko kucen ngelotek bile kepala kene usup.[E.k ku.tSen N«.l.tE/ bi.l« k«.pA.lA k«.n« u.sup]Ekor kucing bergerak-gerak bila kepalanya diusap.

Kembali ke atas