Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.syi/]/[a.syi/] | عاشيق

Definisi : 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan sesuatu): kalau dah ~ ber-bual lupa akan makan; ~ maksyuk a) berkasih-kasihan; b) orang yg sedang ber­kasih-kasihan, sepasang kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya; asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ per­kara itu juga yg dibangkitkannya; mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menye­bab­kan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; keasyikan kelekaan (sewaktu sedang me­la­ku­kan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman; keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.syi/]/[a.syi/] | عاشيق

Definisi : 1 mabuk atau kasih; gemar sekali (kpd); berahi: Apabila mendengar khabar itu, Raja Melaka pun sangatlah ~ akan Tun Teja. 2 sedang sibuk melakukan sesuatu; leka: Dia ~ membaca buku cerita saja. mengasyiki menjadi asyik akan; menyukai benar. mengasyikkan menyebabkan menjadi asyik; menyenangkan; melekakan. keasyikan rasa asyik; kelekaan: Mereka menjadi lalai dlm ~ menikmati hiburan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asyik

Puisi
 

Anak burung pandai berenang,
     Menghilang di rimba hutan berduri;
Malang hamba asyik terkenang,
     Orang dikenang membenci diri.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ralek[ÄA.le/]kata adjektifasyik, leka.Orang puteh tu ralek tengok orang besanding.[.ÄAN pu.teh tu ÄA.le/ tE.No/ .ÄAN b«.sAn.diN]Orang Inggeris itu asyik melihat orang bersanding.
maru II[mA.Äu]kata adjektifberkenaan melakukan sesuatu dengan asyik.Budok-budok maru maeng gasing.[bu.d/.bu.d/ mA.Äu mA.eN gA.siN]Budak-budak asyik main gasing.
mereloh[m«.Ä«.loh]kata kerjatidur di luar waktunya (kebiasaan di waktu siang).Menantu baru dia asyik mereloh memanjang.[m«.nAn.tu bA.Äu di.j« A.sSe/ m«.Ä«.loh m«.mAn.dZAN]Menantu barunya asyik tidur memanjang.
selok II[s«.l]kata adjektifasyik atau leka.Budok-budok tu kalau mandi sungei, selok ngat, tok takot boye.[bu.d.bu.d tu kA.lAw mAn.di su.NEi s«.l NAt t tA.kot b.j«]Budak-budak itu kalau mandi di sungai, leka sangat, tidak takut buaya.
keseng I[k«.seN]kata kerjabertengkar.Babe beto budok due orang tu, keseng jok tadi lagi.[bA.b« b«.t bu.d/ du.w« .ÄAN tu k«.seN dZo/ tA.di lA.gi]Degil sungguh budak berdua tu, asyik bertengkar sejak dari tadi lagi.
betalo[b«.tA.l]kata kerjasuruh menyuruh melakukan sesuatu di antara dua orang.Deme bedue ni asyek nok betalo bile mok suroh buat keje.[d«.m« b«.du.w« ni A.Se/ n/ b«.tA.l bi.l« m/ su.čh buwAt k«.dZ«]Kamu berdua ini asyik suruh menyuruh saja kalau mak suruh buat kerja.

Kembali ke atas