mabo | [mA.b] | kata kerja | 1. menggelabah. | Mabo koi bile pengetua pangge. | [mA.b koj bi.l« p«.N«.tu.wA pAN.ge] | Menggelabah saya apabila pengetua panggil. |
begudoh | [b«.gu.doh] | kata adjektif | 1. berkenaan buah-buahan yang terlalu lebat di atas pokok. | Mutan tu begudoh, melendut dahan. | [mu.tAn tu b«.gu.doh m«.l«n.dut dA.hAn] | Rambutan itu sangat lebat, melentur dahannya. |
bejoho | [b«.dZ.h] | kata adjektif | 1. berkenaan sesuatu yang terdedah kepada panas dan hujan. | Jangan bio kasut bejoho, esok nok gi sekoloh. | [dZA.NAn bi kA.sut b«.dZ.h E.so/ no/ gi s«.k.lh] | Jangan biar kasut bejoho, esok hendak ke sekolah. |
| [b«.ÄA.gAC] | kata adjektif | 1. berkenaan seseorang yang bermegah dengan sesuatu kelebihan yang dimiliki. | Mentang-mentang dia naek pangkat, mulo nok beragaih | [m«n.tAN.m«n.tAN di.j« nA.e/ pAN.kAt mu.lA.lAh n/ b«.ÄA.gAC d«.NAn ki.t«] | Mentang-mentang dia naik pangkat, mulalah hendak bermegah dengan kita. |
beseledoet | [b«.s«.l«.d.et] | kata adjektif | 1. berkenaan sesuatu yang kelihatan tidak kemas. | Emak koi tok suke tengok koi pake kaen pase beseledoet. | [«.mA/ kj t/ su.k« tE.N/ kj pA.kE kA.en pA.sE b«.s«.l«.d.et] | Emak saya tidak suka melihat saya memakai kain kerana tidak kemas. |
gelo | [g«.l] | kata kerja | 1. mengumpat. | Kalo bekumpo tu takde keje laen, gelo aje. | [kA.lo b«.kum.po tu tA/.d« k«.dZ« lA.en g«.l A.dZ«] | Kalau berkumpul tiada kerja lain mengumpat saja. |
nebeng | [nùE.beN] | kata kerja | 1. menyertai sesuatu majlis tanpa diundang. | Bile orang beso datang dia nebeng je. | [bi.l« .ÄAN b«.s dA.tAN di.j« nùE.beN dZ«] | Bila ada orang kenamaan datang dia ikut serta. |
tok mileng | [t/ mi.leN] | | 1. berkenaan seseorang yang buat tidak endah dan tidak ambil peduli apabila diberi nasihat. | Koi geram beto kat Mamat tu, buat tok mileng je bile orang beri nasehat. | [koj g«.ÄAm b«.to kAt mA.mAt tu bu.wAt t/ mi.leN dZ« bi.l« .ÄAN b«.Äi nA.se.hAt] | Saya geram sungguh kepada Mamat, buat tidak peduli sahaja apabila diberi nasihat. |
nekeh | [n:«.keh] | kata adjektif | 1. berkenaan sesuatu yang rosak, jahanam kerana tidak cermat dan berhati-hati. | Basiko tu baru beli dah nekeh pase tak ceremat. | [bA.si.k tu bA.Äu b«.li dAh n:«.keh pA.se tA/ tS«.Ä«.mAt] | Basikal itu baru sahaja dibeli sudah rosak kerana tidak cermat. |
keseng II | [k«.seN] | kata adjektif | 1. berkenaan makanan, kayu yang kering atau rapuh | Nok baka peron tu kene tunggu keseng beto. | [n/ bA.kA p«.Äon tu k«.n« tuN.gu k«.seN b«.to] | Kalau hendak membakar perun itu perlu tunggu keseng betul. |