Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu yg tercium oleh hidung (spt wangi, hanyir, dll): sambil berjalan, ia menghidu-hidu ~ wangi di kemejanya; ~ setahun pelayaran sangat busuk baunya; ~ daun semberu Kl kaum kerabat yg jauh; ada ~-~ bacang ada pertalian saudara (tetapi sudah jauh); sudah tercium ~nya ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ busuk tidak berbangkai prb fitnah (celaan) yg tidak beralasan; ayam terlepas, tangan ~ tahi prb orang yg hendak mencemarkan seorang gadis tetapi tidak sampai maksud hanya beroleh malu; jauh ~ bunga, dekat ~ tahi prb berkasih-kasihan itu lebih kekal dr jauh drpd berdekatan; umpama kesturi, kerana ~ hilang nyawanya prb orang yg menunjukkan sesuatu yg berharga kpd orang yg tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri;sebau 1. serupa baunya; 2. ki agak serupa (sifatnya dsb), sesuai dgn, sejenis; seragam ~ sejenis (sama sifatnya), bersesuaian (antara satu sama lain); berbau 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); membaui 1. mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau): anjing itu ~ bangkai; 2. menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani: mereka sampai ke tempat persembunyian yg tidak dapat dibaui oleh Jepun;terbau 1. tercium bau, terhidu bau: ~ oleh sang kancil harimau datang; 2. diketahui (orang), terbongkar: akhirnya ~ juga apa yg telah dibuatnya; bauan, bau-bauan segala yg berbau wangi, minyak wangi atau bunga yg harum dll: banyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain;pembau (Bio) deria badan yg berfungsi utk membaui sesuatu: saluran ini menggunakan deria sentuhan, rasa, dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bau I

Puisi
 

Sungguh harum bau gaharu,
     Tidak samalah dengan cendana;
Sungguh banyak orang yang baru,
     Tidaklah sama orang yang lama.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Berbaur bagaikan muntah,
     bercerai bagaikan demam.

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lango[lA.N]kata adjektifberkenaan keadaan yang sangat busuk.Lango ngat bau bangke ayam.[lA.N NAt bAw bAN.kE A.jAm]Busuk sangat bau bangkai ayam.
minyak api[mi.øA/ A.pi] minyak gas; minyak pasang.Tok daye bau minyak api, cengeh idong.[t/ dA.j« bAw mi.øA/ A.pi tS«.Neh i.doN]Tidak tahan bau minyak gas, menyusuk hidung.
busuk melanton[bu.su/ m«.lAn.ton] berkenaan sesuatu yang tersangat busuk.Bau bangkai lembu tepi jalan busuk melantun.[bAw bAN.kAi l«m.bu t«.pi dZA.lAn bu.su/ m«.lAn.tun]Bau bangkai lembu di tepi jalan tersangat busuk.
busuk-busuk bahase[bu.su/.bu.su/ bA.hA.s«] bau ikan yang kurang segar.Goreng je lah ikan tok, pase doh busuk-busuk bahase.[g.ÄEN dZ« lAh i.kAn to/ pA.sE dh bu.su/.bu.su/ bA.hA.s«]Goreng saja lah ikan itu kerana sudah tidak segar.
kedodong I[k«.d.dN]kata namacecair berwarna hitam yang disertai bau yang busuk.Tok selera koi nok makan ade kedodong kat situ.[t/ s«.le.ÄA kj n/ mA.kAn A.d« k«.d.dN kAt si.tu]Tidak ada selera saya hendak makan kerana ada kedodong di situ.

Kembali ke atas