Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.duh] | برݢادوه

Definisi : 1. berkelahi, bertengkar: baiklah berhati-hati jangan sampai ~ dgn orang itu; 2. membuat gempar (bising): orang sangat hairan melihat gadis-gadis ~ dgn sengitnya; 3. campur aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau: kalau bangsa-bangsa dlm negeri mulai ~, sukarlah hendak menenteramkan mereka kembali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.duh] | برݢادوه

Definisi : 1 berbuat gempar atau huru-hara; berbuat gaduh: Orang sedang mengaji, kamu semua jangan ~ di sini. 2 berkelahi, sama ada dgn bertumbuk, bertengkar saja atau sampai berbunuh-bunuhan: Mereka yg menjadi ahli kongsi gelap selalu saja ~ antara satu dgn yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergaduh

Puisi
 

Anak Cina masak itik,
     Masak mari sampai luluh;
Memang tak guna berbini cantik,
     Hari-hari sahaja bergaduh.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. berkenaan ketawa, menangis, bergaduh atau cakap yang tidak berhenti dan menyebabkan bunyi yang sangat bising; cemeriau, cemeridau.Cempiau ngat rumoh Pak Abu bila anak cucu balek.[tS«m.pi.jAw NAt Äu.mh pA/ A.bu bi.lA A.nA/ tSu.tSu bA.le/]Bising sangat rumah Pak Abu apabila anak cucunya balik.
cemeridau[tS«.m«.Äi.dAw]kata adjektifberkenaan ketawa, menangis, bergaduh atau cakap yang tidak berhenti dan menyebabkan bunyi yang sangat bising; cemeriau, cempiau.Tok boleh tido pase budok cemeridau tepi jalan.[to/ b.leh ti.do pA.sE bu.d/ tS«.m«.Äi.dAw t«.pi dZA.lAn]Tak boleh tidur sebab budak bising tepi jalan.
cemeriau[tS«.m«.Äi.jAw]kata adjektifberkenaan ketawa, menangis, bergaduh atau cakap yang tidak berhenti dan menyebabkan bunyi yang sangat bising; cemeridau, cempiau.Cemeriau ngat kelah tu bile cekgu takde.[tS«.m«.Äi.jAw NAt k«.lAh tu bi.l« tSE/.gu tA/.d«]Bising sangat keadaan kelas itu apabila tiada guru.
suku[su.ku]kata kerjaterpisah, terasing daripada sesuatu.Die dok suku dengan moknye pase begadoh.[di.j« do su.ku d«.NAn m.ø« pA.sE b«.gA.doh]Dia tinggal berasingan dengan emaknya kerana bergaduh.

Kembali ke atas