Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gu.na] | برݢونا

Definisi : berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau manfaat: tangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin suka pula budak-budak itu mengusiknya; hidup pun tidak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gu.na] | برݢونا

Definisi : ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berguna

Puisi
 

Sayang tidak berguna lagi,
     Hujan lebat arus berduri;
Saya tidak kempunan lagi,
     Sudah dicapai di hujung jari.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Laksana antah lemukut (= melukut),
     lapar sangat baru berguna.

Bermaksud :

Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik, tetapi kalau sudah kekurangan akan berguna juga.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
barang kosi[bA.ÄAN k.si] barang yang sudah terlalu lama dan tidak berguna lagi.Wek maroh aki simpan barang kosi.[we/ mA.čh A.ki sim.pAn bA.ÄAN k.si]Nenek memarahi datuk kerana suka menyimpan barang lama.
batok kesembo[bA.to/ k«.s«m.bo] berkenaan seseorang yang malas.Awak ni tak gune langsong, batok kesembo aje tahunye.[A.w/ ni tA/ gu.n« lAN.soN bA.to/ k«.s«m.bo A.dZ« tA.hu.ø«]Awak ini tidak berguna lansung, sungguh malas.

Kembali ke atas