Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pakok[pA.ko/]kata kerjacara menyambut batu seremban (sejenis permainan tradisional Melayu).Milah pandai pakok batu seremban.[mi.lAh pAn.dAj pA.ko/ bA.tu s«.Ä«m.bAn]Milah pandai menyambut batu seremban.
monoi[m.nj]kata kerjamelakukan sesuatu pekerjaan tanpa mengetahui kaedahnya yang betul.Jangan pusong madu lebah monoi aje, belajar dulu musong.[dZA.NAn pu.soN mA.du l«.bAh m.nj A.dZ« b«.lA.dZAÄ du.lu mu.soN]Jangan mengambil madu lebah tanpa mengetahui kaedahnya yang betul, belajar dulu cara-cara mengambil madu lebah.
lapon[lA.pon]kata kerjamelompat dengan cara melepasi sesuatu seperti pagar.Kalo boleh ce lapon pago tu.[kA.lo bo.leh tS« lA.pon pA.go tu]Kalau boleh cuba lompat pagar itu.
bepoyang[b«.po.jAN]kata kerjamenjampi dgn cara menghembus supaya penyakit sembuh.Semalam man tengok aki bepoyang sampai ke pagi.[s«.mA.lAm mAn te.No/ A.ki b«.po.jAN sAm.pAj k« pA.gi]Semalam saya nampak datuk menjampi sampai ke pagi
ngambo[NAm.bo]kata kerjamenangkap ikan dengan cara memusing-musing tali tangsi yang berladung dan berumpan dengan tangan di atas kepala dan membalingnya ke laut.Budok suke ngat ngambo pase dapat banyok ikan.[bu.d/ su.k« NAt NAm.bo pA.sE dA.pAt bA.ø/ i.kAn]Budak gemar ngambo sebab dapat banyak ikan.
daye[dA.j«]kata kerjamemetik buah (dengan cara kait, panjat).Tolong daye buah mangge tu.[to.loN dA.j« bu.wh mAN.g« tu]Tolong petik buah mangga tu.
nekut[n«.kut]kata kerjamenangkap burung (guak) dengan cara meniup serunai.Ramai budak-budak pegi nekut kat paya.[ÄA.mAj bu.dA/.bu.dA/ p«.gi n«.kut kAt pA.jA]Ramai budak-budak pergi nekut di paya.
getang[g«.tAN]kata kerjamengeluarkan isi buah dengan cara memotong sekeliling pada bahagian tengah kulit buah (seperti limau bali, manggis, rambutan).Ce getang limau bali tu.[tS« g«.tAN li.mAw bA.li tu]Tolong keluarkan isi limau bali itu.
mencepo[m«n.tS«.p]kata kerjamenangkap ikan dengan cara memukul permukaan air dengan pelepah pisang.Semalam koi mencepo, banyok dapat ikan.[s«.mA.lAm kj m«n.tS«.p bA.ø/ dA.pAt i.kAn]Malam semalam saya menangkap ikan, banyak dapat ikan.

Kembali ke atas