Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tu/] | داتوق

Definisi : 1. bapa kpd ayah atau ibu seseorang; 2. panggilan oleh seseorang terhadap bapa kpd ayahnya (ibunya) atau terhadap se­se­orang lain yg sedemikian tuanya, aki, kakek; ~ nenek nenek moyang, leluhur; 3. ark panggilan orang ramai kpd anggota polis atau panggilan mata-mata kpd pegawai atasannya; 4. Mn penghulu adat; 5. hantu (puaka, pe­nunggu) sesuatu tempat: ~ di pokok itu kononnya selalu mengganggu orang-orang yg lalu di situ; 6. topekong, berhala, atau dewa (kpd orang Cina yg mempunyai ke­percayaan tertentu); rumah ~ rumah berhala; 7. bp sebutan bagi harimau; ~ betina sl ketua dayang-dayang dlm istana; ~ kayu ark pegawai dan kakitangan jabatan hutan; mendatukkan menjadikan (memanggil) datuk: Tok Embong dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.tu/] | داتوق

Definisi : 1. gelaran kehormat kpd orang yg berpangkat atau bermartabat tinggi (yg biasa­nya menjadi pembesar negeri): ~ Bendahara; ~ Paduka Raja; ~ Panglima; ~ Temeng­gung; 2. gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya; ~ Patinggi gelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Seri gelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kpd orang yg telah dianugerahi pingat ter­tentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.tu/] | داتوق

Definisi : 1 bapa kpd ayah atau ibu sendiri. 2 panggilan utk bapa kpd ayah atau ibu sendiri; panggilan utk orang lelaki yg lebih kurang sebaya dgn datuk 1. mendatukkan memanggil seseorang datuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[da.tu/] | داتوق

Definisi : 1 gelaran kehormatan yg dianugerahkan oleh Ketua Negara atau Ketua Negeri kpd orang-orang tertentu (kerana menghormati jasanya dll): Antara tetamu yg hadir termasuklah ~ Hussein Onn dan isterinya, Datin Suhaila. 2 gelaran kehormatan yg diberikan kpd orang-orang yg berpangkat: ~ Bandar; ~ Bendahara; ~ Panglima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datuk

Puisi
 

Burung belibis burung jelatuk,
     Singgah menyewa di kampung petani;
Minta tabik segala datuk,
     Datuk ada semua di sini.


Lihat selanjutnya...(27)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
seperaeh[s«.p«.ÄAeh]kata namasebaya, seumur.Tok ki dengan ayah dia tu seperaeh.[to/ ki d«.NAn A.jAh di.j« tu s«.p«.ÄAeh]Datuk dengan ayahnya itu sebaya.
cebo[tS«.b]kata kerjamemotong sesuatu dengan pantas.Aki ngamok, abeh cebo pokok pisang.[A.ki NA.m/ A.beh tS«.b p.k/ pi.sAN]Datuk mengamuk, habis dipotongnya pokok pisang.
lulu[lu.lu]kata namagusi.Tok ki tok boleh makan pase lulu bengkok.[to/ ki t/ b.leh mA.kAn pA.sE lu.lu b«N.k/]Datuk tidak boleh makan sebab gusi bengkak.
sempang[s«m.pAN]kata kerjamenghalang.Tok ki sempang kambeng masok kebon dengan kayu.[to ki s«m.pAN kAm.beN mA.so k«.bon d«.NAn kA.ju]Datuk menghalang kambing daripada masuk ke kebun dengan kayu.
jembe[dZ«m.b«]kata kerjamenziarah atau melawat seseorang.Ce jembe aki kat depan rumah tu.[tS« dZ«m.b« A.ki kAt d«.pAn Äu.mAh tu]Cuba ziarah datuk di hadapan rumah itu.
pundon[pun.don]kata namapondok di dalam dusun yang penggunaannya bersifat sementara.Tok ki tido kat pundon tunggu derian.[to/ ki ti.do kAt pun.don tuN.gu d«.Äi.jAn]Datuk tidur di dalam pundon untuk menunggu durian gugur.
pedak[p«.dA/]kata kerja1. membakar dengan membenamnya di dalam bara.Aki bako ikan, pedak aje dalam bare.[A.ki bA.k i.kAn p«.dA/ A.dZ« dA.lAm bA.Ä«]Datuk membakar ikan dengan membenamkannya ke dalam bara api.
toleng[t.lEN]kata adjektifberkenaan rupa seseorang yang mirip dengan seseorang lain.Muke ayoh toleng muke tok ki.[mu.k« A.jh t.lEN mu.k« to ki]Wajah ayah mirip wajah datuk.
cerelang[tS«.Ä«.lAN]kata adjektifberkenaan cara memandang dengan membesarkan biji mata.Cerelang mata wek marah tok ki.[tS«.Ä«.lAN mA.t we/ mA.ÄAh to/ ki]Besar biji mata nenek marahkan datuk.
layo[lA.j]kata adjektifberkenaan cara berjalan yang terhoyong-hayang.Tok ki layo naek ke tebeng pase mabok laot.[to/ ki lA.j nA.e/ k« t«.beN pA.sE mA.bo/ lA.wot]Datuk berjalan terhoyong-hayang sebab mabuk laut.
12

Kembali ke atas