Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh): saya pergi menonton wayang ~ adik saya; seorang tua ~ anaknya sekali telah mati terbunuh; 2. kata yg digunakan utk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dll) atau alat dsb yg digunakan: Ahmad membelah durian ~ parang; kerja ini dapat diselesaikan ~ kerjasama yg erat drpd semua pihak; me­nambah ilmu pengetahuan ~ membaca; 3. melawan, menentang: bergaduh ~ adiknya; berperang ~ musuh; 4. kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan (gaya dsb): Ahmad menerima hadiah itu ~ terketar-ketar; men­jerit ~ sekuat hati; menghadapi masalah ~ tenang; 5. oleh, kerana, atas; ~ nama Allah atas nama Allah; ~ yg demikian oleh yg demikian; 6. kata utk menyatakan hubungan kesesuaian (ke­cocokan, keselarasan, dsb): tindakan yg diambil sesuai ~ keadaan; sependapat ~ saya; 7. kata yg menjelaskan sesuatu perolehan (pencapaian dsb): ramai pelajar yg lulus ~ mendapat gred dua; 8. kata yg menunjukkan tumpuan sesuatu perbuatan (sikap, pernyataan, dll): Sukor akan ber­bincang ~ dia sebelum membuat keputusan; barangkali demikian juga halnya ~ cerpen-cerpen di dlm Rintisan; 9. bp pada: ~ dia semua boleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1 bersama; berserta: Bapanya mengambil parang ~ cangkul lalu pergi ke kebun. 2 memakai atau menggunakan (sesuatu alat): Dia membelah kayu ~ kapak. 3 kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan dll: Ali menerima berita itu ~ sedih dan pilu. Dia lulus ~ mendapat markah tertinggi. 4 oleh; kerana; atas: ~ yg demikian, barulah ia mahu pergi ke sekolah. 5 sama; serupa: Dia sependapat ~ saya. 6 melawan; menentang: Askar-askar itu berperang ~ musuh. Ali bergaduh ~ Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan

Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(745)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kue telipok[ku.we t«.li.po/] penganan berbentuk bintang dibuat daripada tepung pulut yang dicampur dengan santan, gula dan air daun pandan, dimasak dengan cara di alas dengan daun pisang yang dibentuk bulat dan dikukus.   
lutu[lu.tu]kata kerjamembaling dengan sesuatu yang keras.Kepala Ali luke kene lutu dengan batu.[k«.pA.lA A.li lu.k« k«.n« lu.tu d«.NAn bA.tu]Kepala Ali luka kerana dibaling dengan batu.
rak[ÄA/]kata kerjamenindih sesuatu dengan objek yang berat dalam jangka masa yang lama.Wek rak nasik impek dengan batu gileng.[we/ ÄA/ nA.si/ im.pe/ d«.NAn bA.tu gi.leN]Nenek menindih nasi himpit dengan batu giling.
   2. menutup sesuatu dengan pantas.Wek susoh ngat nok tangkap anak ayam tu, pedak aje dengan guni.[we/ su.soh NAt no/ tAN.kAp A.nA/ A.jAm tu p«.dA/ A.dZ« d«.NAn gu.ni]Nenek susah sangat hendak menangkap anak ayam itu, tutup saja dengan guni.
sebam[s«.bAm]kata adjektifberkenaan mulut yang penuh dengan makanan sehingga tidak boleh bercakap, mengunyah dan menelan; seboi.Mulut adek sebam dengan nasi.[mu.lot A.de/ s«.bAm d«.NAn nA.si]Mulut adik penuh dengan nasi.
nujulo[nu.dZu.lo]kata adjektifberkenaan perbualan yang tidak sesuai dengan orang dan situasi.Ayoh koi suke nujulo dengan ketua die.[A.jh kj su.k« nu.dZu.lo d«.NAn k«.tu.wA di.j«]Ayah saya suka nujulol dengan ketuanya.
gelumok[g«.lu.m/]kata kerjamenyelimut badan dengan sesuatu (seperti selimut, kain dan lain-lain).Malam tadi koi gelumok dengan selimot tebe, sebab sejok ngat.[mA.lAm tA.di koj .g«.lu.mut d«.NAn s«.li.mt t«.bE s«.bAb s«.dZo/ NAt]Malam tadi, saya selimut dengan selimut tebal sebab terlalu sejuk.
belonok[b«.l.n/]kata adjektifberkenaan keseluruhan badan seseorang atau haiwan yang berlumuran dengan kotoran.Awok jangan naek, pase kaki tu belonok dengan lumpo.[A.w/ dZA.NAn nA.e/ pA.se kA.ki tu b«.l.n/ d«.NAn lum.po]Awak jangan naik, sebab kaki tu berlumuran dengan lumpur.
nunde[nun.d«]kata kerjamenangkap ikan dengan menggunakan tali tangsi yang ditarik dengan perahu; ngulo.Kalau tok ujan kite boleh nunde.[kA.lAw t/ u.dZAn ki.t« b.leh nun.d«]Kalau hari tidak hujan kita boleh nunde.
ngulo[Nu.lo]kata kerjamenangkap ikan dengan menggunakan tali tangsi yang ditarik dengan perahu; nunde.Kalau hari cerah kite boleh gi ngulo.[kA.lAw hA.Äi tS«.ÄAh ki.t« bo.leh gi Nu.lo]Kalau cuaca baik kita boleh pergi ngulo.
12345678910...

Kembali ke atas