pekpe | [pE/.p«] | kata nama | bisul yang tumbuh di bahagian selain daripada punggung. | Koi tok daye jalan jaoh pase beteh koi tumboh pekpe. | [koj to/ dA.j« dZA.lAn dZA.woh pA.sE b«.teh koj tum.boh pE/.p«] | Saya tidak mampu berjalan jauh kerana betis saya ada bisul. |
rengkek | [ÄEN.kE/] | kata adjektif | berkenaan membongkokkan badan kerana membawa bebanan di bahagian belakang badan. | Badan Pak Usu rengkek bawok seguni derian. | [bA.dAn pAk u.su ÄEN.kE/ bA.wo/ s«.gu.ni d«.Äi.jAn] | Badan Pak Usu membongkok kerana membawa seguni durian. |
kobong I | [k.bN] | kata kerja | mengambil makanan yang belum dipotong di bahagian tengah dengan tangan. | Jangan kobong kue talam tu. | [dZA.NAn k.bN ku.we tA.lAm tu] | Jangan kobong kuih talam itu. |
condek | [tSon.de/] | kata adjektif | berkenaan seseorang atau alat yang berada di tepi atau di bahagian hujung sesuatu. | Ngape awok dok condek je kat pelanto tu. | [NA.p« A.wo/ do/ tSon.dE/ dZ« kAt p«.lAn.t tu] | Mengapa awak duduk di tepi pelantar itu. |
cope I | [tSo.pe] | kata adjektif | berkenaan seseorang atau alat yang berada di tepi atau di bahagian hujung sesuatu, condek. | Jangan bediri cope kat pintu, kang jatoh. | [dZA.NAn b«.di.Äi tSo.pe kAt pin.tu kAN dZA.toh] | Jangan berdiri di tepi pintu, nanti jatuh. |
| | | 2. menjatuhkan orang dan lain-lain dengan menggalangi kakinya. | Pemaen bola selioh kaki kene rempah. | [p«.mA.en b.lA s«.li.joh kA.ki k«.n« Ä«m.pAh] | Pemain bola terseliuh kakinya kerana terkena sepak di bahagian lutut. |
bujang | [bu.dZAN] | | bakul daripada mengkuang berbentuk bulat dan bahagian bawahnya berbucu segi empat yang digunakan untuk menyimpan beras, padi dan lain-lain; buyong. | Mok junjong bujang jemo padi. | [m/ dZun.dZoN bu.dZAN dZ«.m pA.di] | Emak menjunjung bakul mengkuang untuk menjemur padi. |
calong | [tSA.loN] | kata nama | sejenis parang yang bahagian hujungnya bengkok (senjata lama orang Melayu). | Parang calong tu ayah tak nak jual pase dah jadi antik. | [pA.ÄAN tSA.loN tu A.jAh tA/ nA/ dZu.wAl pA.sE dAh dZA.di An.ti/] | Parang calung itu ayah tidak berhajat untuk menjualnya sebab sudah menjadi barang antik. |
buyong | [bu.joN] | kata nama | bakul daripada mengkuang berbentuk bulat dan bahagian bawahnya berbucu segi empat yang digunakan untuk menyimpan beras, padi dan lain-lain; bujang. | Ce ulo buyong, mok nok buboh padi | [tS« u.lo bu.joN m/ n/ bu.boh pA.di] | Tolong hulurkan bakul mengkuang, emak hendak bubuh padi. |
kekepak | [k«.k«.pA/] | kata nama | sejenis alat yang digunakan untuk menghalau binatang. Diperbuat daripada buluh 4 ruas yang diketuk bahagian hujung supaya tidak pecah bila dibelah dan digantung pada dahan pokok. | Wek buat kekepak nok halau burong makan padi. | [wE/ bu.wAt k«.k«.pA/ n/ hA.lAw bu.ÄoN mA.kAn pA.di] | Nenek membuat kekapak untuk menghalau burung daripada makan padi. |