Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperbuat

Peribahasa

Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang,
     jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir.

Bermaksud :

Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sekoi[s«.koj]kata namabekas air yang diperbuat daripada tempurung kelapa, biasanya disimpan secara digantung (tempurung ditebuk sedikit dan dibubuh tali).Dulu-dulu orang pake sekoi nok angkat ae.[du.lu.du.lu .ÄAN pA.kE s«.koj n AN.kAt Ae]Zaman dahulu, orang menggunakan sekoi untuk mengangkat air.
pelo[p«.lo]kata namasejenis bekas yang diperbuat dari aluminium berbentuk lonjong atau bujur dan bertelinga, biasanya digunakan pada musim menuai untuk mengisi padi.Mok tadoh ae ujan dengan pelo.[m/ tA.dh Ae u.dZAn d«.NAn p«.lo]Mak menadah air hujan menggunakan pelo.
jobeng[dZ.beN]kata namasejenis bakul kecil diperbuat daripada mengkuang.Bak jobeng sireh mak tu.[bA/ dZ.beN si.Äeh m/ tu]Ambilkan jobeng sirih emak itu.
pelipek[p«.li.pe/]kata namasejenis alat yang diperbuat daripada buluh dan berlidah, gunanya untuk memanggil binatang buruan seperti ayam hutan.Ayoh hande tiyuk pelipek.[A.joh hAn.de ti.ju/ p«.li.pe/]Ayah handal meniup pelipek.
tenom[t«.nom]kata namasejenis bekas agak tinggi, bertangkai satu dan diperbuat daripada logam aluminium.Mok senalo bawok beka nasik dalam tenom gi noreh.[m s«.nA.l bA.w b«.kA nA.si dA.lAm t«.nom gi n.ÄEh]Emak selalu membawa bekal nasi di dalam tenom pergi menoreh getah.
jereme[dZ«.Ä«.m«]kata namaalat menangkap ikan seperti lukah tetapi diperbuat daripada jaring halus (mata punai).Aki tahan jereme kat sungai.[A.ki tA.hAn dZ«.Ä«.m« kAt su.NAj]Aki menahan jerema di sungai.
kekepak[k«.k«.pA/]kata namasejenis alat yang digunakan untuk menghalau binatang. Diperbuat daripada buluh 4 ruas yang diketuk bahagian hujung supaya tidak pecah bila dibelah dan digantung pada dahan pokok.Wek buat kekepak nok halau burong makan padi.[wE/ bu.wAt k«.k«.pA/ n/ hA.lAw bu.ÄoN mA.kAn pA.di]Nenek membuat kekapak untuk menghalau burung daripada makan padi.
gelogoh[g«.l.gh]kata namasejenis alat menangkap ikan, mempunyai injap, berbentuk selinder dan bertali. Diperbuat daripada buluh dan dibenamkan di dasar sungai.Woi, banyok lampan dalam gelogoh koi.[woj bA.ø/ lAm.pAn dA.lAm g«.l.gh kj]Woi, banyaknya ikan lampan dalam gelogoh saya.

Kembali ke atas