Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1. tidak lebih drpd, cuma, sahaja: kemanakan hamba ~ seorang saja; dia ~ menjalankan tanggungjawabnya; dia ~ mengangguk; dia ~ seorang perempuan; ~ satu satu sahaja; 2. sekiranya (terdapat atau berlaku sesuatu keadaan dsb yg tertentu sahaja), sekiranya (kalau) ... sahaja: ~ apabila darjah itu tidak banyak mempunyai kanak-kanak baru boleh dijalankan pengajaran berseorangan; kita akan memberikan bantuan ~ kalau dia benar-benar memerlu­kannya; 3. melainkan, kecuali: yg lain bersetuju, ~ dia yg tidak bersetuju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1 tidak lebih drpd; cuma: Anak saya ~ seorang. 2 melainkan; kecuali: Yg lain semuanya hadir, ~ dia yg tidak hadir dlm majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hanya (kata tugas)
1. Bersinonim dengan cuma: semata-mata, sahaja,

2. Bersinonim dengan kecuali: melainkan, selain.,


Puisi
 

Budak-budak menjual pulut,
     Pulut dijual di pagi hari;
Kasih adinda hanya di mulut,
     Kasih tak sampai ke dalam hati.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

cubaan

Bermaksud :

hanya cuba

 

Lihat selanjutnya...(54)

510

One bad apple spoils the lot

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - one bad apple spoils the lot .

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(42)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
hanya[hA.øA]kata adjektifberkenaan keadaan yang bersepah-sepah.Kemah bilek tok, nampok hanya ngat.[k«.mAh bi.le/ to/ nAm.p/ hA.øA NAt]Kemaskanlah bilik itu, nampak bersepah-sepah sangat.
gule manih[gu.lE mA.nih] gulai yang hanya mengandungi sayur dan santan.   
monyeh[m.øEh]kata kerjamenyimpan makanan di dalam mulut tanpa dikunyah kerana sakit atau dipaksa makan.Malaslah suap nasik kat adek, monyeh aje.[mA.lAs.lAh su.wAp nA.si/ kAt A.de/ m.øEh A.dZ«]Malaslah hendak menyuapkan nasi kepada adik kerana dia hanya menyimpan di dalam mulut tanpa ditelan.
cekerol[tS«.k«.Äol]kata namapenanda bilangan yang digunakan untuk menyukat padi yang dibuat daripada lingkaran rotan.Tahon lepaeh kite dapat lime gantang je ikot cekerol.[tA.hon l«.pAC ki.t« dA.pAt li.m« gAn.tAN dZ« i.kot tS«.k«.Äol]Tahun lepas kita hanya dapat lima gantang sahaja mengikut cekerol.

Kembali ke atas