Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hing.ga] | هيڠݢ

Definisi : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = se­hingga, hinggakan, sehinggakan sam­pai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); berhingga ada batasnya (hadnya), berbatas: air matanya bercucuran tiada ~ spt air laut; menghinggakan, memperhinggakan me­­netap­kan batasnya (jumlah dll), membatasi, mengehadkan: suka sangat rasa hatinya, tidak dapat diperhinggakan; terhingga terbatas, terhad: kpd beliau ini kita berhutang budi yg tidak ~; maka Laksamana keluar masuk istana tiadalah ~ lagi; perhinggaan batas (batasan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hing.ga] | هيڠݢ

Definisi : 1 garis yg penghabisan atau ter­akhir; batas: Tiap-tiap sesuatu ada ~nya. 2 sampai ke had tertentu: Mesyuarat itu berlangsung dr pukul sepuluh pagi ~ pukul dua belas tengah hari. 3 = sehingga sampai ke (bkn masa dll); sampai menjadi: Mengkuang itu dijemur di atas padang atau di tempat-tempat yg lapang ~ kering. berhingga ada batas atau hadnya; berbatas: Air matanya bercucuran tidak ~ spt air hujan. menghinggakan menentukan batas atau hadnya; mengehadkan. terhingga terbatas; terhad: Kerajaan telah membelanjakan wang yg tidak ~ banyaknya utk pembangunan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,

Puisi
 

Kalau menangkap ikan kurau,
     Rentang jaring hingga ke seberang;
Adat hidup sahabat bergurau,
     Sudah mati terbaring seorang.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Putus benang boleh dihubung,
     putus arang bercerai lalu.

Bermaksud :

Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tumpe[tum.pe]kata kerjamenolak sesuatu hingga jatuh.Abang tumpe adek dalam sunge.[A.bAN tum.pe A.de dA.lAm su.NE]Abang menolak adik ke dalam sungai.
selaboh[s«.lA.boh]kata adjektifberkenaan bahagian pinggang hingga ke kakinya lebih panjang.Pemaen bola keranjang eloklah betuboh selaboh.[p«.mA.en b.lA k«.ÄAn.dZAN E.lo/.lAh b«.tu.boh s«.lA.boh]Pemain bola keranjang seeloknya berbadan selaboh
lapus[lA.pus]kata adjektifberkenaan sesuatu yang tinggi hingga melebihi paras kepala.Pago tu tinggi beto, lapus kepale.[pA.g tu tiN.gi b«.to lA.pus k«.pA.l«]Pagar itu tinggi betul sehingga melebihi paras kepala.
seturuh[s«.tu.Äuh]kata adjektifberkenaan seperangkat gula kabung yang dibungkus biasanya 10 hingga 15 keping.Berape rege seturuh gula kabong.[b«.ÄA.p« Ä«.g« s«.tu.Äuh gu.lA kA.boN]Berapa harga seperangkat gula kabung.
pok sekarat[po/ s«.kA.ÄAt] baju Melayu zaman dahulu berleher cekak musang tetapi berbutang hingga ke bawah , biasanya bercorak belang dan dibuat daripada jenis kain yang licin.Aki sayang beno dengan pok sekarat lamanye tu.[A.ki sA.jAN b«.n d«.NAn po/ s«.kA.ÄAt lA.m«.ø« tu]Aki sangat sayang baju Melayu lamanya itu.
daeng[dA.eN]kata adjektifberkenaan keadaan ikan yang dibelah dua tanpa putus dari bahagian belakang kepala hingga ke ekor, biasanya untuk dikeringkan atau dipanggang.Ikan daeng tu jemo cepat kering.[i.kAn dA.eN tu dZe.m tSe.pAt k«.ÄiN]Ikan daeng itu hendaklah dijemur supaya cepat kering.
cembang[tS«m.bAN]kata nama1. sejenis makanan yang dibuat daripada buah kepayang atau ubi gadong. Direbus hingga pecah kulit kemudian dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas sebelum direndam semalaman dalam sungai. Seterusnya digoreng dengan daun kunyit dan di makan dengan nasi atau sebagai hidangan petang.   
mecok[m«.tS/]kata kerjamelakukan sesuatu dalam keadaan marah.Kalo mecok basoh pinggan, bunyi pinggan dengar ke luar.[kA.lo m«.tS/ bA.soh piN.gAn bu.øi piN.gAn d«.NA k«.lu.wA]Kalau mecok basuh pinggan, bunyi pinggan dengar hingga ke luar.

Kembali ke atas