Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itu

Puisi
 

Api siapa di teluk itu,
     Tempat budak membakar kurau;
Anak siapa secantik itu,
     Bolehkah kami menumpang gurau.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(267)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
akukan[A.ku.kAn] memberi pengakuan hak milik ternakan kepada orang lain. Selalunya bertujuan untuk membiakkan binatang ternakan. Orang yang dilakukan itu selalunya serasi bagi tujuan itu.Sejak mak akukan ayam tu kat adek, baru ayam tu biok.[s«.dZA/ mA/ A.ku.kAn A.jAm tu kAt A.de/ bA.Äu A.jAm tu bi.j/]Setelah emak akukan ayam itu kepada adik, barulah ayam itu membiak.
sambang[sAm.bAN]kata namabenih yang rosak.Biji kacang tu agaknye sambang, pase tu tak idop.[bi.dZi kA.tSAN tu A.gA/.ø« sAm.bAN pA.sE tu tA/ i.dop]Biji kacang itu agaknya sambang, sebab itu tidak tumbuh.
boyok patong[b.j/ pA.toN] sejenis permainan tradisional kanak-kanak Pahang, permainan kejar-mengejar ini memerlukan seseorang itu beraksi seperti patung sebelum sempat disentuh oleh pengejar.Koi zaman kenek dulu gemo maen boyok patong.[kj zA.mAn k«.ne/ du.lu g«.m mA.en b.j/ pA.toN]Saya pada zaman kanak-kanak dahulu gemar bermain boyok patung.
mole[m.lE]kata kerjapengsan.Denan tu senalo mole.[d«.nAn tu s«.nA.l m.lE]Adnan itu selalu pengsan.
senalo[s«.nA.l]kata tugasselalu.Denan tu senalo mole.[d«.nAn tu s«.nA.l m.lE]Denan itu selalu pengsan.
luti[lu.ti]kata adjektiflumat.Tumbok bio luti kacang tu.[tum.bo/ bi lu.ti kA.tSAN tu]umbuk kacang itu sampai lumat.
gembek[g«m.be/]kata adjektifgila.Anak Mael tu gembek.[A.nA/ mA.el tu g«m.be/]Anak Mail itu gila.
kreket[kÄE.kEt]kata namajuling.Lawo budok tu tapi kreket.[lA.w bu.d/ tu tA.pi kÄE.kEt]Lawa budak itu tetapi juling.
lek[lE/]kata namakawasan tanah rendah.Kat lek elok tanam jagong.[kAt lE/ E.lo/ tA.nAm dZA.goN]Kawasan tanah rendah itu elok ditanam jagung.
getek[gE.tE/]kata tugasjuga, bersama.Man nok getek bende tu.[mAn n/ gE.tE/ b«n.d« tu]Saya hendak juga benda itu.
12345678910...

Kembali ke atas