Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.bu] | جمبو

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan buahnya); merah ~ merah muda; ~ air sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia aquea; ~ (air) laut = ~ jembah sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia grandis; ~ (air) mawar sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia jambos; ~ batu = ~ biji = ~ berasa sj tum­buhan (pokok dan buahnya), Psidium gua­java; ~ bol = ~ keling = ~ melaka = ~ merah sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia malaccensis; ~ golok = ~ monyet = ~ iros = ~ terung sj tumbuhan (pokok dan buahnya), gajus, Anacardium occidentale; 2. ki cantik, lawa: dia memiliki wajah yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.bu] | جمبو

Definisi : 1 beberapa jenis pokok atau buahnya (buahnya dpt dimakan). ~ air jambu yg banyak airnya, Eugenia aquea. ~ batu jambu yg keras dan banyak bijinya, Psidium guajava. ~ golok gajus, Anacardium occidentale. 2 ki lawa: Aminah memiliki wajah yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jambu

Puisi
 

Buah jambu dimakan kera,
     Dipetik Rukiah lari ke hutan;
Ilmu itu bertiang tiga,
     Dialah cahaya penyuluh jalan.


Lihat selanjutnya...(20)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kokang[k.kAN]kata kerjamenggigit buah yang keras.Basoh dulu jambu tu baru kokang.[bA.soh du.lu dZAm.bu tu bA.Ä k.kAN]Basuh dahulu buah jambu itu baru gigit.
memo[m«.m]kata adjektifberkenaan isi buah yang menjadi lembik kerana jatuh.Jambu ae tu memo, pase gugo.[dZAm.bu Ae tu m«.m pA.sE gu.go]Jambu air itu lembik sebab gugur.
belacah[b«.lA.tSAh]kata adjektifberkenaan buah-buahan yang gugur bertaburan.Buah jambu tok belacah bawoh pokok.[bu.wh dZAm.bu to/ b«.lA.tSAh bA.wh p.k/]Buah jambu itu gugur bertaburan di bawah pokok.
jelempoh[dZ«.l«m.ph]kata adjektifberkenaan sesuatu yang bertaburan.Buoh jambu jelempoh di tanoh tok sape nok ambek.[bu.wh dZAm.bu dZ«.l«m.ph di tA.nh t/ sA.p« n/ Am.be/]Buah jambu bertaburan di atas tanah, tiada siapa yang hendak diambil.

Kembali ke atas