Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.pi] | جمڤي

Definisi : kata-kata tertentu yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (spt boleh menyem­buhkan penyakit dll), mantera: kebanyakan orang zaman sekarang tidak percaya pd ~ lagi; ~-jampah = ~ serapah berbagai-bagai jenis jampi: ~ serapah pun berhamburan drpd mulut Siti Faezah yg kecil molek itu; berjampi bermantera, telah dimanterai (dijampi): Madon membawa sebilah parang panjang ~; menjampi, menjampikan membaca jampi, memanterai: pawang itu ~ air yg diberikan kepadanya; jampian 1. jampi mantera; 2. (yg) telah dimanterai; 3. menjampi; kejampian kena jampi (mantera); penjampian perbuatan menjampi (meman­terai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.pi] | جمڤي

Definisi : kata-kata tertentu atau mantera yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (dpt menyembuhkan penyakit dll). menjampi membaca kata-kata tertentu atau mantera utk memberi kesaktian kpd sesuatu: Dukun itu sudah ~ air ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
juruh[dZu.Äuh]kata adjektifberkenaan menaikkan semangat kebatinan ketika memulakan silat.Mase juruh kene bace jampi tetentu.[mA.s« dZu.Äuh k«.n« bA.tS« dZAm.pi t«.t«n.tu]Semasa juruh hendaklah membaca jampi tertentu.

Kembali ke atas