Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dll); 3. menebang (kayu, pokok dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dll); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dll); 12. menyelang (percakapan, orang dll); 13. memendekkan (kata, nama dll); 14. menoreh (getah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : memenggal, mengerat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : 1 memutuskan sesuatu dgn benda tajam; mengerat; memenggal: ~ kayu; ~ daging; ~ layang memotong sesuatu tipis-tipis. 2 menyembelih: ~ ayam. 3 membuat jadi berkurang; mengurangkan; memendekkan: Pihak majikan telah ~ gajinya RM60.00 kerana dia tidak datang bekerja tanpa cuti. 4 mendahului orang lain ketika berjalan dll; memintas: Jika kamu memandu kereta, jangan sekali-kali ~ di sebelah kiri. 5 menyelangi (percakapan orang); mencelah: Tidak baik ~ percakapan orang tua-tua. 6 menoreh getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,

Puisi
 

Masuk ke hutan memotong gelam,
     Hendak membuat panggang para;
Muatan sarat belayar belum,
     Baru bertiup angin utara.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Memberi lauk kepada orang membantai.

Bermaksud :

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut). membantai = memotong, menyembelih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cebo[tS«.b]kata kerjamemotong sesuatu dengan pantas.Aki ngamok, abeh cebo pokok pisang.[A.ki NA.m/ A.beh tS«.b p.k/ pi.sAN]Datuk mengamuk, habis dipotongnya pokok pisang.
ketong I[k«.toN]kata kerjamemotong sesuatu dengan saiz yang tertentu (seperti kayu, ikan, kuih).Ketong ikan tenggiri tu kecik-kecik.[k«.toN i.kAn t«N.gi.Äi tu k«.tSi/.k«.tSi/]Potong ikan tenggiri itu kecil-kecil.
getang[g«.tAN]kata kerjamengeluarkan isi buah dengan cara memotong sekeliling pada bahagian tengah kulit buah (seperti limau bali, manggis, rambutan).Ce getang limau bali tu.[tS« g«.tAN li.mAw bA.li tu]Tolong keluarkan isi limau bali itu.
pisau lande[pi.sAw lAn.d«] sejenis pisau bersaiz sederhana yang biasanya digunakan untuk memotong sayur.Pisau lande tu tok tajam.[pi.sAw lAn.d« tu t/ tA.dZAm]Pisau bersaiz sederhana itu tidak tajam.
perataih[p«.ÄA.tAC]kata namasejenis pisau berhulu kayu dan bermata zink yang digunakan untuk menebas dan memotong rumput.Guna perataih nok buang rumput.[gu.nA p«.ÄA.tAC n/ bu.AN Äum.put]Gunalah perataih hendak buang rumput.
bepele-pele[b«.p«.l«.p«.l«]kata adjektifberkenaan sayur yang dipotong panjang-panjang.Tak senonoh kakok potong sayo bepele-pele.[tA/ s«.n.nh kA.k/ p.toN sA.jo b«.p«.l«.p«.l«]Tidak senonoh kakak memotong sayur, panjang-panjang.

Kembali ke atas