Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cam.pu.ri] | منچمڤوري

Definisi : 1. menokok (menambah) sesuatu supaya bercampur: susu itu jangan dicampuri air; 2. bercampur dgn: benda apa yg ~ gulai ini hingga sudah tidak sedap lagi?; emas yg sudah dicampuri logam; 3. turut campur dlm sesuatu urusan (hal orang dll): negeri-negeri mempunyai kuasa memerintah dan membuat undang-undang yg tertentu dgn tidak dicampuri oleh pemerintah pusat; 4. bergaul (bersama) dgn: golongan penjajah tidak pernah ~ anak negeri; 5. mengadakan hubungan kelamin: semasa dlm ihram suami tidak boleh ~ isteri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cam.pu.ri] | منچمڤوري

Definisi : 1 bercampur dgn: Tidak mungkin minyak dpt ~ air. 2 turut memasuki hal orang lain: Itu urusan mereka, tidak usah kita ~nya. 3 bergaul atau menggabungkan diri dgn: Jangan sekali-kali ~ orang jahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencampuri

Peribahasa

Gerundang,
     tinggallah di kubangan!

Bermaksud :

Jangan mencampuri pekerjaan orang lain!

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
limu[li.mu]kata adjektifberkenaan seseorang yang turut serta dalam sesuatu pekerjaan yang tidak sepatutnya dia melibatkan diri.Budok ni nok kene, same limu je dengan orang.[bu.d/ ni n/ k«.n« sA.m« li.mu dZ« d«.NAn o.ÄAN]Budak ini hendak kena, mencampuri urusan orang.

Kembali ke atas