Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.si] | مڠيسي

Definisi : menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-buku utk ~ perpustakaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.si] | مڠيسي

Definisi : memberi berisi; membuat sesuatu supaya berisi: ~ guni dgn beras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Ambil karung mengisi ruas,
     Pengikatnya pula tali guni;
Adik turut hamba tak puas,
     Cuma abang tak insafkan diri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Mengisi perian bobos.

Bermaksud :

Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang pesuk). bobos = berlubang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jabe[dZA.be]kata namabeg yang sederhana besar untuk mengisi barang dalam kuantiti yang sedikit.Toke keda tu isi barang-barang yang mok beli dalam jabe.[to.ke k«.dA tu i.si bA.ÄAN---------------------------.bA.ÄAN jAN m/ b«.li dA.lAm dZA.be]Taukeh kedai itu mengisi barang-barang yang emak beli di dalam beg.
tapen[tA.pen]kata namasejenis bekas berbentuk kelongsong daripada daun nipah untuk mengisi sagu.Tapen tu kene buat kemaih-kemaih toklah sagu tebura.[tA.pen tu k«.n« bu.wAt k«.mAC.k«.mAC t.lAh sA.gu t«.bu.ÄA]Tapen hendaklah dibuat kemas-kemas supaya sagu tidak terburai.
buyo[bu.j]kata namasejenis bekas kecil daripada tanah liat berbentuk takar untuk mengisi garam, asam dan lain-lain.Mok simpan asam dan garam dalam buyo.[m/ sim.pAn A.sAm dAn gA.ÄAm dA.lAm bu.j]Emak menyimpan asam dan garam di dalam bekas kecil.
gunong berangkat[gu.noN b«.ÄAN.kAt] bekas kecil daripada mengkuang berbentuk segi empat bertingkat biasanya digunakan untuk mengisi emping; tungap.Akak suroh adek buboh empeng dalam gunong berangkat.[A.kA/ su.Äoh A.de/ bu.boh em.peN dA.lAm gu.noN b«.ÄAN.kAt]Kakak menyuruh adik memasukkan emping ke dalam gunung berangkat.
pelo[p«.lo]kata namasejenis bekas yang diperbuat dari aluminium berbentuk lonjong atau bujur dan bertelinga, biasanya digunakan pada musim menuai untuk mengisi padi.Mok tadoh ae ujan dengan pelo.[m/ tA.dh Ae u.dZAn d«.NAn p«.lo]Mak menadah air hujan menggunakan pelo.

Kembali ke atas