Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[min.ta.min.ta] | مينتا٢

Definisi : 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Rumput tinggi tepi hutan,
     Bintang timur tinggi melambung;
Minta rezeki besar lautan,
     Minta umur tinggi gunung.


Lihat selanjutnya...(85)
Peribahasa

Minta pucuk pada alu.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung).

 

Lihat selanjutnya...(24)

316

Nobody believes a liar when he speaks the truth

Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya.

Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya?

Please don't make up stories because nobody believes a liar when he speaks the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday.

Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kecek[kE.tSE/]kata kerjaminta sesuatu dengan memujuk dan merayu.Keceklah kat Y.B. kalo nok jalan.[kE.tSE/.lAh kAt wAj.bi kA.l no/ dZA.lAn]Pujuk dan rayulah pada Y.B. kalau mahu jalan.
kloon[kl.n]kata adjektifkedekut.Kloon beto Meli, budok minta derma tak beri.[kl.n b«.to m«.li bu.d/ min.tA d«Ä.mA tA/ b«.Äi]Kedekut betul Ramli, budak meminta derma pun tidak diberinya.
kemut[k«.mut]kata adjektifkedekut.Jangan mintak derma dengan die pase kemut ngat.[dZA.NAn min.tA/ d«Ä.mA d«.NAn di.j« pA.sE k«.mut NAt]Jangan minta derma dengannya sebab dia sangat kedekut.
sioh paleh[sioh pA.leh] ungkapan menunjukkan sesuatu yang tidak diingini.Sioh paleh, kalo boleh jangan ambek buat menantu.[sioh pA.leh kA.lo b.leh dZA.NAn Am.be/ bu.wAt m«.nAn.tu]Minta jauhlah, kalau boleh janganlah diambil sebagai menantu.

Kembali ke atas