Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.sib] | نصيب

Definisi : sesuatu yg menimpa diri seseorang (dgn kehendak Allah), takdir, untung: ia teringat­kan ~nya sendiri yg hampir sama dgn ~ Mak Konah ini; senasib serupa nasibnya, sama penderi­ta­annya: kalau begitu ~lah kita ini; nasib-nasiban dgn mengadu nasib sahaja, untung-untungan; bernasib beruntung; ~ baik mendapat ke­untungan (nasib yg baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.sib] | نصيب

Definisi : sesuatu yg menimpa diri seseorang dgn kehendak Allah; takdir; untung: ~nya sungguh malang. ~ baik beruntung. ~ buruk malang; celaka. bernasib menerima nasib: ~ baik mendapat keuntungan. senasib sama (serupa) nasibnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nasib
Rujuk :takdir

Puisi
 

Sudah nasib pisang jeranang,
     Berjantung ada berbuah tidak;
Sudah nasib apa dikenang,
     Orang dikenang teringat tidak.


Lihat selanjutnya...(53)
Peribahasa

Mujur tiada berbunyi,
     malang tiada berbau.

Bermaksud :

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).

 

Lihat selanjutnya...(35)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
palo[pA.l]kata tugasmenyerahkan nasib pada takdir tanpa usaha atau ikhtiar.Saket dia susoh nok baek, palo je.[sA.ket di.j« su.sh n/ bA.e/ pA.l dZ«]Sakitnya susah hendak sembuh, serahkan sahaja pada takdir.
dan[dAn]kata adjektifsempat.Naseb baek koi dan naek baih.[nA.seb bA.e/ koj dAn nA.e/ bAC]Nasib baik saya sempat naik bas.
cengkelek[tS«N.k«.lE)/]kata adjektifberkenaan keadaan nafas yang tersekat-sekat kerana hampir lemas.Nasek orang nampak masa tok ki cengkelek, kalu tak lemah.[nA.se/ .ÄAN nAm.pA/ mA.sA to/ ki tS«N.k«.lE)/ kA.lu tA/ l«.mAh]Nasib orang nampak datuk bernafas tersekat-sekat, kalau tidak lemas.

Kembali ke atas