Definisi : ; memerah memicit dll utk mengeluarkan air (susu dll), memeras: ~ kain; ~ susu lembu; ~ keringat bekerja dgn kuat; ~ otak belajar dgn kuat, berfikir dgn bersungguh-sungguh; memerahkan memerah utk: dia ~ ibunya santan utk dibuat bubur; perahan 1. hasil drpd memerah (air, susu, dll); 2. binatang dll yg diperah: lembu ~; pemerahan perbuatan memerah, pemerasan; pemerah 1. alat atau mesin utk memerah (jus dsb): ~ oren; ~ tebu; 2. orang yg memerah (susu dsb): ~ susu lembu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)