Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1. tidak terburu­buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lam­bat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-­sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; memperlahankan 1. menjadikan perlahan, memperlambat: apabila menghampiri persimpangan jalan ia ~ kereta yg dipandunya; 2. mengecilkan suara atau bunyi: perlahankan sedikit radio itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1 tidak tergesa-gesa; lambat-lambat: berjalan dgn ~. 2 tidak kuat atau tidak nyaring bunyinya; lembut: Bercakaplah ~ sedikit. 3 tidak dgn tenaga yg banyak; tidak kuat-kuat: Tekan pin itu dgn ~. memperlahankan 1 membuat jadi perlahan; melambatkan: Dia ~ keretanya. 2 merendahkan atau mengecilkan bunyi sesuatu: ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlahan
Kata Terbitan : perlahan-lahan, memperlahankan,

Puisi
 

Anak burung terbang perlahan,
     Hinggap mari ranting kayu;
Kalau nak beli buah setandan,
     Tentu bercampur masak layu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tingkoh[tiN.kh]kata kerjamengetuk sesuatu dengan perlahan; tengkoh.Wek tingkoh pireng halo semut.[we t«N.kh pi.ÄeN hA.l s«.mut]Nenek mengetuk perlahan piring untuk menghalau semut.
tengkoh[t«N.kh]kata kerjamengetuk sesuatu dengan perlahan; tingkoh.Wek tengkoh pireng halo semut.[we t«N.kh pi.ÄeN hA.l s«.mut]Nenek mengetuk perlahan piring untuk menghalau semut.
kilat gajah[ki.lAt gA.dZAh] berkenaan gasing yang berputar perlahan dan hampir berhenti.Gaseng tu doh kilat gajah, kang mati.[gA.seN tu dh ki.lAt gA.dZAh kAN mA.ti]Gasing itu sudah berputar perlahan, nanti mati.
timang burong[ti.mAN bu.ÄoN] nama lagu dan tarian gamelan Pahang yang rentaknya agak perlahan.   
ikan potok[i.kAn p.t/] 1.     makanan daripada ikan sungai yang dicampurkan dengan santan pekat, kunyit, cili padi dan dimasak lama dengan api yang perlahan.   
beperai[b«.p«.ÄAj]kata namateknik menangkap ikan dengan cara melepaskan tali tangsi yang mempunyai banyak mata kail ke laut. Tali ini kemudiannya ditarik perlahan-lahan ketika bersampan.Sari suntok koi beperai dapat seko je.[sA.Äi sun.to/ kj b«.p«.ÄAj dA.pAt sE.ko dZ«]Sehari suntuk saya beperai, dapat seekor ikan sahaja.

Kembali ke atas