Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gan] | ڤيڠݢن

Definisi : sj alat atau bekas drpd tembikar dll, biasanya berbentuk bulat leper spt piring tetapi lebih besar (utk makan nasi dll); ~ hidang pinggan berbentuk bulat atau bujur yg lebih besar drpd pinggan biasa; ~ jorong pinggan yg bulat panjang; ~ kerang pinggan kasar; ~ lingkar pinggan besar tempat makan raja-raja (orang besar-besar); ~ makan pinggan yg digunakan utk makan hidangan utama spt nasi dsb; ~ mangkuk perkakas atau alat-­alat makan minum (piring, cawan, mangkuk dll); ~ tak retak nasi tak dingin prb cermat melakukan sesuatu pekerjaan; spt ~ dgn mangkuk, salah sedikit hendak berhantuk prb perselisihan antara suami isteri atau kaum keluarga itu sudah menjadi perkara biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gan] | ڤيڠݢن

Definisi : bekas yg bundar leper dan lebih besar drpd piring (dibuat drpd tembikar, kaca dll) utk tempat makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggan

Puisi
 

Bahulu dalam pinggan,
     Tiga hidangan roti raji;
Jangan malu jangan segan,
     Kita sudah suami isteri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kasih sepantun tulisan pinggan.

Bermaksud :

Kasih yang tak hilang-hilang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mecok[m«.tS/]kata kerjamelakukan sesuatu dalam keadaan marah.Kalo mecok basoh pinggan, bunyi pinggan dengar ke luar.[kA.lo m«.tS/ bA.soh piN.gAn bu.øi piN.gAn d«.NA k«.lu.wA]Kalau mecok basuh pinggan, bunyi pinggan dengar hingga ke luar.
boko[b.k]kata namasejenis pinggan tembikar yang digunakan untuk mengukus.Mak kukuih kue seri muke dalam boko.[mA/ ku.kuC kue s«.Äi mu.k« dA.lAm b.k]Mak kukus kuih seri muka dalam pinggan tembikar.
rabong[ÄA.boN]kata adjektifberkenaan sesuatu yang banyak melebihi hadnya.Jangan rabong ngat buboh nasik dalam pinggan.[dZA.NAn ÄA.boN NAt bu.boh nA.si/ dA.lAm piN.gAn]Jangan banyak sangat bubuh nasi dalam pinggan.
kemantu[k«.mAn.tukata adjektifberkenaan keadaan seseorang yang tersangat kenyang.Mane tok kemantu tibai tige pinggan nasik.[mA.n« t/ k«.mAn.tu ti.bAj ti.g« piN.gAn nA.si/]Mana tidak rasa kenyang, makan nasi tiga pinggan.
renyah[Ä«.øh]kata kerjamelakukan sesuatu dalam keadaan marah.Gelaih tu banyok pecoh pase Kak Long renyoh maso basoh.[g«.lAC tu bA.ø/ p«.tSAh pA.sE kA/ loN Ä«.øh mA.so bA.soh]Gelas itu banyak yang pecah sebab Kak Long marah semasa membasuh pinggan.

Kembali ke atas