Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pua.sa] | ڤواسا

Definisi : 1. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dgn sengaja (utk sesuatu maksud yg tertentu); 2. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dll antara waktu matahari naik hingga matahari jatuh (dlm agama Is­lam); berbuka ~ makan atau minum (pd hari puasa); fardu ~ = ~ perlu Id puasa yg diwajibkan, puasa Ramadan; ~ sunat puasa yg tidak diwajibkan (puasa enam dlm bulan Syawal dll); 3. = bulan ~ bulan Ramadan: pd masa dahulu apabila ~ semua pejabat kerajaan bekerja setengah hari sahaja; hari raya ~ = ~ liburan hari raya apabila tamat puasa (pd 1 Syawal); 4. bp = berpuasa: kau tidak ~, apa nak kira malam tujuh likur? berpuasa 1. berpantang makan dan minum, tidak makan dan minum; 2. melakukan ibadat puasa (sunat dan wajib). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pua.sa] | ڤواسا

Definisi : sj ibadat yg dilakukan dgn menahan diri drpd memasukkan sesuatu ke dlm rongga yg terbuka (spt makan, minum) antara waktu terbit fajar sehingga waktu masuk matahari. ~ fardu puasa yg diwajibkan; puasa dlm bulan Ramadan. bulan ~ bulan yg kesembilan dlm tahun Islam; bulan Ramadan. berpuasa melakukan ibadat puasa: Anak-anak hendaklah dididik ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puasa

Puisi
 

Bulan puasa pergi ke pasar,
     Dua tiga membeli gelama;
Menanti masa hamba tak gusar,
     Setahun dua tidaklah lama.


Lihat selanjutnya...(27)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mendusi[m«n.du.si]kata kerjamembazir (berkenaan makanan dan minuman).Bulan posa jangan masok banyok, mendusi aje.[bu.lAn p.sA dZA.NAn m:A.s/ bA.ø/ m«n.du.si A.dZ«]Bulan puasa jangan masak banyak, membazir sahaja.

Kembali ke atas