Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tam­bahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1 agaknya; gerangan: Siapa ~ yg datang malam-malam begini? 2 berulang lagi; sekali lagi: Pagi tadi sudah datang, sekarang datang ~. 3 juga: Ada ~ orang yg menyokongnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,

Puisi
 

Hendak berumah berumah pula,
     Rumah saya di tengah huma;
Hendak bermaaf bermaaf pula,
     Maaf seorang maaf semua.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sudah hamba diperhamba pula.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(122)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nyongket[øoN.ket]kata adjektifmengada-ngada.Anok kawen orang kaye, maknye pulak nyongket.[A.n/ kA.wen .ÄAN kA.j« mA/.ø« pu.lA/ øoN.ket]Anak kawin dengan orang kaya, maknya pula yang mengada-ngada.
bendang[b«n.dAN]kata adjektifberkenaan keadaan api yang sangat marak ketika kebakaran sampah, rumah dan lain-lain.Bendang ngat api tu, kang terbako pokok manggeh pulok.[b«n.dAN NAt A.pi tu AN t«.bA.k po.ko/ mAN.geh pu.l/]Marak sangat api itu, nanti terbakar pokok manggis pula.
bere[b«.Ä«]kata adjektifberkenaan ubi-ubian, jagung dan lain-lain yang dibakar tetapi belum cukup masak.Pupo ubi kayu tu beto-beto, kang bere mabok pulok.[pu.po u.bi kA.ju tu b«.to-.b«.t kAN b«.Ä« mA.bo/ pu.lo/]Bakar ubi kayu itu betul-betul, nanti belum masak mabuk pula.

Kembali ke atas