Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pai] | سمڤاي

Definisi : 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; ~ ajal meninggal; ~ akal boleh diterima oleh fikiran, tidak mustahil; ~ bulan(nya) a) tiba waktu utk melahirkan (anak dlm kandungan); b) cukup tempoh (yg telah ditetapkan); ~ hati = ~ hemat berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu; ~ tempoh tiba waktunya atau masanya (yg telah dijanjikan); ~ umur a) sudah dewasa; b) sudah lanjut umur; sudah ~ umurnya meninggal; nan dimaksud-kan, ~, nan diamalkan pecah prb sudah berlaku apa-apa yg dimaksudkan atau yg dicita-citakan; sesampai, sesampainya sebaik sahaja sam-pai, apabila sampai, setibanya: ~ di halaman, terdengarlah olehnya bunyi orang ber-tengkar di belakang; sampai-sampai 1. bahkan, hingga(kan), malahan: ~ memulangkan padi dr ladang pun diselenggarakannya dgn baik; 2. hingga sampai: pd rambutnya bergantung lumpur ~ ke kening dan telinganya; menyampai 1. mencukupi, cukup: jumlah denda itu terkumpul, kadang-kadang ~ angka puluhan ringgit; 2. mendatangi (sesuatu tempat): pulau ini jarang-jarang disampai orang; menyampaikan 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, me­laporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), meman­jangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; kesampaian 1. ketibaan, tibanya, sampai­nya: orang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka; 2. tercapai (maksud, cita-cita, dll), terlaksana: janji-janjinya tidak pernah ~; 3. sampai-menyampai; penyampaian perihal menyampaikan sesuatu: adakah ~ pelajaran itu dilakukan dgn tulus ikhlas? penyampai 1. orang yg menyampaikan (surat, khabar, berita, dll); 2. (sesuatu) yg menyampaikan: namun begitu bahasa Malaysia masih belum menjadi alat ~ perasaan di kalangan mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pai] | سمڤاي

Definisi : ; menyampai 1. menyelampaikan (kain di bahu), menyampirkan, menyidaikan: di atas balai itu ada seorang perempuan tua sedang ~ kain pendukung; 2. = bersampai-an tersampir, tersidai; menyampaikan menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai kara, semuanya disampai-kan kpd galah; tersampai tersampir, tersidai: dia meng-hilang ke dlm bilik dan kemudian keluar dgn tuala mandi ~ di bahu; sampaian tempat menyampirkan (me­nyidai-kan) kain, ampaian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pai] | سمڤاي

Definisi : 1 tiba di tempat yg dituju: Surat yg dihantarnya itu tidak ~ kpd ayahnya. 2 tercapai apa-apa yg dimaksudkan atau yg diniatkan: Mudah-mudahan cita-citamu itu akan ~ juga. 3 dpt dicapai (dgn tangan atau dgn menggunakan benda-benda lain): Kalau tak ~ dgn tangan, gunakanlah galah. 4 mencapai had atau paras tertentu: Airnya dalam ~ ke leher. ~ ajal meninggal dunia. ~ akal dpt diterima akal; tidak mustahil. ~ bulan a. sudah cukup masa­nya utk melahirkan anak. b. sudah cukup tempoh yg ditetapkan. ~ hajat ber­jaya mencapai apa-apa yg dihajati (dikehendaki). ~ hati tidak berasa segan-segan atau tidak menaruh belas kasihan lagi melakukan sesuatu yg buruk akibatnya kpd orang lain. ~ umur a. sudah dewasa. b. sudah tua benar. sudah ~ umurnya meninggal dunia; mati. menyampaikan 1 membawa dan menyerahkan apa-apa yg dikirim; menghantar: Saya telah ~ surat itu kpd ayah saudaranya. 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu. 3 mengunjukkan se­suatu; memberikan: Isteri Pegawai Daerah telah ~ hadiah kpd para pemenang. kesampaian 1 hal tibanya (sampainya) sesuatu atau seseorang; ketibaan: ~ kami tidak disambut oleh sesiapa. 2 tercapai atau terlaksana apa-apa yg dimaksudkan dll: Janji-janjinya tidak pernah ~. penyampaian perbuatan atau hal menyampaikan: ~ hadiah akan dilakukan oleh Guru Besar. sesampai sebaik-baik sampai: ~nya kami di kedai Arimoto San, dia dan isterinya tergesa-gesa membantu Sakura bersiap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sampai

Puisi
 

Sayur meranti dirampai ketola,
     Nasi putih dalam pinggan;
Sampai hati sampai rasa,
     Sedang berkasih tuan tinggalkan.


Lihat selanjutnya...(265)
Peribahasa

Sampai bersalam,
     pulang berterajang.

Bermaksud :

Masuk ke negeri orang dengan nama yang baik, tetapi pulang dengan nama yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(84)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sontok[sn.t]kata adjektifberkenaan sesuatu yang sudah sampai pada hadnya.Pasok tiang tu dah sontok, tok boleh masok lagi.[pA.so ti.jAN tu dAh sn.t t bo.leh mA.so lA.gi]Pasak tiang itu sudah sampai kepada hadnya, tidak boleh masuk lagi.
bepoyang[b«.po.jAN]kata kerjamenjampi dgn cara menghembus supaya penyakit sembuh.Semalam man tengok aki bepoyang sampai ke pagi.[s«.mA.lAm mAn te.No/ A.ki b«.po.jAN sAm.pAj k« pA.gi]Semalam saya nampak datuk menjampi sampai ke pagi
berambi[b«.ÄAm.bi]kata adjektifberkenaan melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati dan tidak gopoh.Berambi sikit nek basiko tu, jangan sampai jatoh.[b«.ÄAm.bi si.kit ne/ bA.si.k tu dZA.NAn sAm.pAj dZA.toh]Berhati-hati menunggang basikal tu, jangan sampai terjatuh.
are[A.Äe]kata adjektifmalang.Are beno ari ni, tepijok taek lembu sampai tengoh jalan.[A.Äe b«.n A.Äi ni t«.pi.dZ/ tA.e/ l«m.bu sAm.pAj t«.Nh dZA.lAn]Malang benar hari ini, terpijak tahi lembu di tengah jalan.
luti[lu.ti]kata adjektiflumat.Tumbok bio luti kacang tu.[tum.bo/ bi lu.ti kA.tSAN tu]umbuk kacang itu sampai lumat.
gohek[g.hE/]kata kerjamangayuh basikal.Gohek laju siket, bio cepat sampe.[g.hE/ lA.dZu si.ket bi.j tS«.pAt sAm.pe]Kayuh laju sedikit, biar cepat sampai.
linyo[li.ø]kata adjektifberkenaan sesuatu yang sangat licin dan bersihMok gosok lante rumah sampe linyo.[mA/ g.s/ lAn.tE Äu.mAh sAm.pE li.ø]Emak gosok lantai rumah sampai licin dan bersih.
kerek[kE.ÄE/]kata namagelung simen, biasanya yang digunakan untuk membuat perigi.Telage dalam ngat, sampe sepuloh kerek.[t«.lA.g« dA.lAm NAt sAm.pE s«.pu.loh kE.ÄE/]Telaga dalam sangat, sampai sepuluh gelung simen.
ipe[i.p«]kata kerjaberusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan seseorang atau binatang yang diingininya.Koi ipe juga budak tu, sampe dapat.[koj i.p« dZu.gA bu.dA/ tu sAm.pe dA.pAt]Saya berusaha juga mendapatkan budak itu sampai dapat.
lah sarong[lAh sA.ÄoN] berkenaan melakukan sesuatu seperti menangis, makan, ketawa dan lain-lain terlampau berlebih-lebihan.Wokme tengok cerita lawok sampe lah sarong.[w/.m« tE.N/ tS«.Äi.tA lA.w/ sAm.pE lAh sA.ÄoN]Kami menonton cerita lawak sampai ketawa terbahak-bahak.
12

Kembali ke atas