Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yur] | سايور

Definisi : 1. tumbuhan atau daun-daunan yg boleh dimakan (paku, sawi, dll): Din pergi ke pasar membeli ~; 2. masakan drpd sayur (daun-daunan, buah, dsb, biasanya diberi berkuah): kegemaran patik semua orang Melayu makan ~ kangkung; spt ~ dgn rumput prb hal keadaan yg tidak sama (banyak perbezaannya); menyayur 1. memasak sayur: Mak Andeh pun baliklah lalu bertanak dan ~; 2. = menyayurkan memasak jadi sayur: Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan ~ pucuk cemperai; disuruhnya sayurkan kang-kung itu; sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran ber-macam-macam (berjenis-jenis) sayur: biarlah hamba randaukan dahulu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yur] | سايور

Definisi : 1 tumbuh-tumbuhan atau daun-daunan spt sawi (kangkung, bayam) yg boleh dimakan. 2 masakan drpd sayur 1 yg biasanya dibuat berkuah: ~ kangkung. menyayur memasak sayur: Ibu sedang menanak nasi dan ~. menyayurkan memasak sesuatu men­jadi sayur: ~ pucuk paku. sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran bermacam-macam jenis sayur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayur

Puisi
 

Sayur ubi sayur keladi,
     Mari ramu punca kain;
Tuan berbini saya berlaki,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput.

Bermaksud :

Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri. (Bandingkan dengan: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
memek[mE.mE/]kata adjektifberkenaan sesuatu yang lembik kerana terlalu lama dimasak seperti ubi, sayur-sayur.Jangan lame ngat rebuih ubi tu, kang memek.[dZA.NAn lA.m« NAt Ä«.buC u.bi tu kAN mE.mE/]Jangan terlalu lama rebus ubi itu, nanti lembek.
bepele-pele[b«.p«.l«.p«.l«]kata adjektifberkenaan sayur yang dipotong panjang-panjang.Tak senonoh kakok potong sayo bepele-pele.[tA/ s«.n.nh kA.k/ p.toN sA.jo b«.p«.l«.p«.l«]Tidak senonoh kakak memotong sayur, panjang-panjang.
lehet[lE.hEt]kata adjektifberkenaan rasa ubi-ubian atau sayur (rebung, labu, kundur) yang telah dimasak kerana keadaannya lembut dan gebu.Labu tu tok tua lagi, tok lehet buat sayo.[lA.bu tu t/ tu.wA lA.gi t/ lE.hEt bu.wAt sA.jo]Labu itu belum cukup tua, tidak sedap dibuat sayur.
gule manih[gu.lE mA.nih] gulai yang hanya mengandungi sayur dan santan.   
pisau lande[pi.sAw lAn.d«] sejenis pisau bersaiz sederhana yang biasanya digunakan untuk memotong sayur.Pisau lande tu tok tajam.[pi.sAw lAn.d« tu t/ tA.dZAm]Pisau bersaiz sederhana itu tidak tajam.
mayo[mA.j]kata adjektifberkenaan tanaman yang subur.Mayo sayo awok ni buboh bajo taek lembu.[mA.j sA.jo A.wo/ ni bu.boh bA.dZ tA.e/ l«m.bu]Subur sayur awak ini kerana menggunakan baja tahi lembu.

Kembali ke atas