Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dang] | سدڠ

Definisi : 1. tengah (ketika, masih) melakukan sesuatu lagi, masih: saya ~ mencuci tangan; ia ~ sakit; 2. sementara, dlm pada itu, dlm waktu itu, ketika itu: matahari itu nampak berwarna merah walaupun ~ rembang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : 1. menengah, tidak besar (kaya, cantik, dll) dan tidak kecil (miskin, buruk, dll), berpatutan: sejak pagi tadi angin bertiup ~; pendapatannya ~ sahaja; 2. cukup, luma-yan, pada: baju ini ~ utk saya; 3. bersahaja, sederhana, tidak berlebih-lebihan: kepintaran-nya ~ saja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : = sedangkan 1. sekalipun, walau-pun, meskipun: belum pernah ia merasai hidup senang spt perempuan lain ~ cinta kasihnya tiada berkurang-kurang kepadaku; sedang-kan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia; 2. padahal, walhal: dapatkah ia menolak kemungkinan itu sedang-kan ia lemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : ketika masih melakukan sesuatu; masih dlm sesuatu keadaan: Isterinya ~ mengandung. Ketika dia tiba tadi, saya ~ membaca akhbar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : 1 tidak berlebih-lebihan keadaannya (spt tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil); menengah atau sederhana keadaannya: Pendapatannya ~ saja. Rumah saya ~ besarnya. 2 ber­patutan atau berpadanan; cukup; pa­dan: Baju ini ~ utk saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : , = sedangkan 1 sung­guhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah, kapar tak hanyut, inikan pula, kemarau panjang. 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu, ~ diriku sendiri pun serba kekurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedang (kata tugas)
Bersinonim dengan tengah, ketika, masih; sementara, dalam pada itu,
Kata Terbitan : sedang2, sedang3, sedangkan,

Puisi
 

Sedang manis buahmu mubingu,
     Manislah lagi buah embacang;
Sedang baik kasihmu dahulu,
     Baiklah lagi kasih yang mendatang.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Hari ini sedang panas panjang,
     kacang telah lupakan kulitnya.

Bermaksud :

Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nyigai[øi.gAj]kata kerjamengambil makanan yang sedang dimasak.Mok gadoh kat abang, sokmo nyigai.[mo/ gA.doh kAt A.bAN s/.m øi.gAj ]Emak memarahi abang kerana sering mengambil makanan yang sedang dimasak.
bereng[be.ÄEN]kata adjektifberkenaan seseorang yang sedang berkhayal.Pak Tua tengah bereng, tok daye Mak Tua pangge.[pA/ tu.wA t«.NAh be.ÄEN to/ dA.j« mA/ tu.wA pAN.gE]Pak Tua sedang berkhayal, tidak terdaya Mak Tua memanggilnya.
cokok II[tS.k/]kata kerjamengangkat gasing yang sedang berputar dengan menggunakan alat atau tangan.Cokok baek-baek gaseng tu, kang mati.[tS.k/ bA.e/.bA.e/ gA.seN tu kAN mA.ti]Angkat elok-elok gasing tu, nanti mati.
cokok I[tS.k/]kata namaalat untuk mengangkat gasing yang sedang berputarElok buat cokok dari kayu keraih.[E.lo/ bu.wAt tS.k/ dA.Äi kA.ju k«.ÄAC]Elok buat cokok daripada kayu keras.
   2. berkenaan kanak-kanak yang tidak boleh berenggang dengan ibu bapa, biasanya kerana terlalu manja.Mok tengoh buat keje, jangan nok begudoh.[m/ t«.Nh bu.wAt k«.dZ« dZA.NAn n/ b«.gu.doh]Mak sedang membuat kerja, jangan hendak begudoh.
   2. serpihan kayu daripada takikan pokok atau papan.Adek jangan dekat ngat dengan ayah tebang pokok tu, kang kene cembang.[A.de/ dZA.NAn d«.kAt NAt d«.NAn A.jAh t«.bAN p.k/ tu kAN k«.n« tS«m.bAN]Adik jangan rapat sangat dengan ayah yang sedang menebang pokok, nanti terkena serpihan kayu.

Kembali ke atas