Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.lu] | سلالو

Definisi : 1. sentiasa, selamanya, sepanjang masa: sayur-sayurnya ~ dijual ke bandar; 2. kerap benar, acap kali: ibunya ~ sahaja sakit; menyelalukan menjadikan (melakukan) se-lalu, membiasakan: hendaklah dibiasakan dan diselalukan membaca buku; keselaluan keadaan selalu, keseringan, ke-kerapan: ~ itu menyebabkan tumpuan pd pekerjaan tidak berjalan lancar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.lu] | سلالو

Definisi : Mn seluruh, semua; ~ hari sepanjang hari; hitam ~ hitam seluruhnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.lu] | سلالو

Definisi : terus, langsung: maka menteri itu pun menangkap ~ budak-budak itu lalu dibawa balik ke negerinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.lu] | سلالو

Definisi : 1 tidak henti-henti; sentiasa ada; sepanjang masa: Ketika berada di Jerman dahulu, saya ~ teringat akan ayah dan ibu. 2 kerap kali; acap kali: Saya memang ~ datang ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selalu

Puisi
 

Hujan lebat selalu bah,
     Bunyi berdentum tali temali;
Hendak balik serba salah,
     Baik kulangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Seperti lipas kudung.

Bermaksud :

Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(123)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
senalo[s«.nA.l]kata tugasselalu.Denan tu senalo mole.[d«.nAn tu s«.nA.l m.lE]Denan itu selalu pengsan.
sokmo[s.m]kata tugasselalu, sentiasa.Koi sokmo ngantok.[kj s.m NAn.to]Saya sentiasa mengantuk.
mole[m.lE]kata kerjapengsan.Denan tu senalo mole.[d«.nAn tu s«.nA.l m.lE]Adnan itu selalu pengsan.
selok I[s«.l/]kata kerja1. pengsan.Anok die kalo demam sokmo selok.[A.no/ di.j« kA.l d«.mAm s/.m s«.l/]Anaknya kalau demam selalu pengsan.
senggulong II[s«N.gu.loN]kata adjektifberkenaan kaki yang kejang.Orang ngandong senalo kene senggulong.[.ÄAN NAn.doN s«.nA.l k«.n« s«N.gu.loN]Orang mengandung selalu terkena kejang kaki.
tegayang[t«.gA.jAN]kata namaseseorang yang sentiasa dilihat tetapi tidak dikenali.Sape yang tegayang kat hujong kede.[sA.p« jAN t«.gA.jAN kAt hu.dZoN k«.dE]Siapa yang selalu dilihat tetapi tidak dikenali di hujung kedai.
nyentek[øEn.tE/]kata kerjamengambil tanpa kebenaran (berkenaan barang yang kurang berharga).Tisu koi ilang sokmo, sapo nyentek.[ti.su koj i.lAN so/.m sA.p øEn.tE/]Tisu saya selalu hilang, siapa yang mengambilnya.
tenom[t«.nom]kata namasejenis bekas agak tinggi, bertangkai satu dan diperbuat daripada logam aluminium.Mok senalo bawok beka nasik dalam tenom gi noreh.[m s«.nA.l bA.w b«.kA nA.si dA.lAm t«.nom gi n.ÄEh]Emak selalu membawa bekal nasi di dalam tenom pergi menoreh getah.

Kembali ke atas