Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dah] | سوده

Definisi : 1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak di­­katakan. 4 = sudahlah cukuplah; ber­hentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhir­­nya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi mem­berikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sudah kapas menjadi benang,
     Sudah benang menjadi kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sudah jadi orang lain.


Lihat selanjutnya...(496)
Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

 

Lihat selanjutnya...(357)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mepeh[mE.pEh]kata adjektifberkenaan seseorang atau haiwan yang kelihatan lemah kerana kalah atau tewas dalam sesuatu perlawanan.Ayam jantan doh mepeh lepaih belage.[A.jAm dZAn.tAn dh mE.pEh l«.pAih b«.lA.g«]ayam jantan itu sudah sudah kelihatan lemah selepas berlaga.
kaleh[kA.leh]kata tugasmangli, lali kerana sudah biasa.Mok dah kaleh dengan perangai ayah.[m/ dAh kA.leh d«.NAn p«.ÄA.NAj A.jAh]Emak sudah mangli dengan perangai ayah.
betok[b«.t/]kata adjektifberkenaan cecair yang sudah penuh dalam sesuatu bekas.Tutop pep, besen tu dah betok.[tu.top pep bE.sEn tu dAh b«.t/]Tutup paip, besen tu sudah penuh.
kedaloi[k«.dA.loj]kata adjektifmangli, lali kerana sudah biasa.Dah kedaloi budak kecik tu dengan rotan semambu.[dAh k«.dA.loj bu.do/ k«.tSi/ tu d«.NAn Äo.tAn s«.mAm.bu]Sudah mangli budak kecil itu dengan rotan semambu.
godek[g.dE/]kata adjektifberkenaan sesuatu yang telah longgar.Gando cangko doh godek pase pasok doh haoh.[gAn.do tSAN.ko dh g.dE/ pA.sE pA.s/ dh hA.oh]Gandar cangkul sudah longgar kerana pasaknya sudah haus.
kosi[k.si]kata adjektifberkenaan buah-buahan atau daun yang sudah kecut atau kering.Pinang tu doh kosi tok leh makan.[pi.nAN tu dh k.si t/ leh mA.kAn]Buah pinang itu sudah kering, tidak boleh makan.
sontok[sn.t]kata adjektifberkenaan sesuatu yang sudah sampai pada hadnya.Pasok tiang tu dah sontok, tok boleh masok lagi.[pA.so ti.jAN tu dAh sn.t t bo.leh mA.so lA.gi]Pasak tiang itu sudah sampai kepada hadnya, tidak boleh masuk lagi.
tebeng[t«.bEN]kata tugascuba melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri, sama ada baru mencuba atau sudah melakukannya.Doh tau die tu panah baran, yang dok tebeng buat ape.[dh tAw di.je tu pA.nAh bA.ÄAn jAN do t«.bEN bu.wAt A.p«]Kalau sudah tahu dia tu panas baran, yang awak tebeng buat apa.
kepot[k«.pot]kata adjektifberkenaan sesuatu yang sudah tidak dapat kembali kepada bentuk asalnya akibat terkena sesuatu (seperti kereta kemek akibat dilanggar, kertas yang dikeronyok dan sebagainya).Habeh lalu kepot krete koi, kene langgo dek lori.[hA.beh lA.lu k«.pot kÄE.t« k«.n« lAN.g de/ l.Äi]Habis langsung kemek kereta saya, kerana dilanggar lori.
barang kosi[bA.ÄAN k.si] barang yang sudah terlalu lama dan tidak berguna lagi.Wek maroh aki simpan barang kosi.[we/ mA.čh A.ki sim.pAn bA.ÄAN k.si]Nenek memarahi datuk kerana suka menyimpan barang lama.
123456

Kembali ke atas