Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ngan.ta.ngan] | تاڠن٢

Definisi : 1. kelek-kelek (kerusi); 2. selusur pd tangga; 3. tempat berpegang (pd basikal); 4. palang pd neraca dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ngan.ta.ngan] | تاڠن٢

Definisi : 1 tempat berpegang pd tangga dll. 2 palang pd neraca dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tangan-tangan

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Dibawa orang ke tepian;
Malang tangan celaka tangan,
     Dalam tangan untung bahagian.


Lihat selanjutnya...(174)
Peribahasa

Tangan yang celaka kerja jatuh.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(98)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sengkeleng[s«N.k«.leN]kata kerjapulas tangan ke belakang.Tangan koi rase saket pase sengkeling dek abang.[tA.NAn kj ÄA.s« sA.ket pA.sE s«N.k«.leN de A.bAN]Tangan saya merasa sakit kerana dipulas ke belakang oleh abang.
cekah[tS«.kAh]kata kerjamenerkam.Tangan Mak Limah luke terok kene cekah berok jantan.[tA.NAn mA/ li.mAh lu.k« t«.Äo/ k«.n« tS«.kAh b«.č/ dZAn.tAn]Tangan Mak Limah luka parah kena terkam beruk jantan.
encak[«n.tSA/]kata kerjamenusuk sesuatu dengan menggunakan benda tajam.Tangan koi saket tok daye nok hencak kelape sawet.[tA.NAn kj sA.ket t/ dA.j« n/ «n.tSA/ k«.lA.p« sA.wet]Tangan saya sakit, tidak mampu untuk menusuk kelapa sawit.
kobok[k.b/]kata kerjamengambil makanan dengan tangan pada makanan yang berkuah atau nasi tanpa menggunakan sudu.Jangan kobok gule tu, kang cepat basi.[dZA.NAn k.b/ gu.lE tu kAN tS«.pAt bA.si]Jangan ambil gulai itu dengan tangan, nanti cepat basi.
cacang[tSA.tSAN]kata kerjaberkenaan sesuatu yang tercacak.Jangan dekat dengan orang gile tu, parang tajam cacang kat tangan.[dZA.NAn d«.kAt d«.NAn o.ÄAN gi.l« tu pA.ÄAN tA.dZAm tSA.tSAN kAt tA.NAn]Jangan dekat dengan orang gila tu, parang tajam cacang kat tangan.
sengkoi[sEN.kj]kata adjektifberkenaan tangan yang bengkok.Mamat tok luluh temudugo poleh pase sengkoi.[mA.mAt to/ lu.luh t«.mu.du.g p.leh pA.sE sEN.kj]Mamat tidak lulus temuduga untuk jawatan polis kerana tangannya bengkok.
kecapi[k«.tSA.pi]kata adjektifberkenaan pergerakan tangan yang sangat cepat.Koi kenan beno tengok wek ngayam, kecapi ngat.[koj k«.nAn b«.no tE.No/ wE/ NA.jAm k«.tSA.pi NAt]Saya suka benar tengok nenek mengayam, cepat sangat.
memedap[m«.m«.dAp]kata kerjamenangkap ikan dengan menggunakan tangan biasanya di sungai.Koi memedap ari ni dapat due eko ikan aje.[koj m«.m«.dAp A.Äi ni dA.pAt du.w« E.k i.kAn A.dZ«]Hari ini saya memedap dapat dua ekor ikan sahaja.
keleheng[k«.lE.hEN]kata adjektifberkenaan anggota badan seperti tangan, kaki yang tidak sempurna kedudukannya.Pak Mat keleheng lehe kerane kemalangan.[pA/ mAt k«.lE.hEN lE.hE k«.ÄA.n« k«.mA.lA.NAn]Leher Pak Mat keleheng akibat kemalangan.
parok[pA.č/]kata kerjamengeluarkan bunyi tertentu menggunakan kedua-dua belah tangan yang diletakkan di mulut dan ditiup untuk memanggil dan menangkap ayam hutan.Banyok dapat ayam utan, kene parok die.[bA.ø/ dA.pAt A.jAm u.tAn k«.n« pA.č/ di.j«]Banyak dapat ayam hutan kerana paroknya.
12

Kembali ke atas