Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.ba.ga] | تمباݢ

Definisi : = ~ merah sj logam berwarna merah dan digunakan utk membuat dawai (periuk dll); ~ kuning aloi drpd tembaga dan zink, kuning­an, loyang; ~ perunggu aloi drpd tembaga dan timah, gangsa; ~ putih aloi drpd campuran timah putih dan timah hitam; ~ suasa aloi drpd campuran emas dan tembaga;menembaga berwarna merah spt tembaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.ba.ga] | تمباݢ

Definisi : bunga ~ suasa sj tumbuhan (herba), bakuh, bakung, bawang hutan (tanah, tembaga), melung, (se)landap, Crinum asiaticum; daun ~ suasa sj tumbuhan (pokok renek), dawai-dawai, dedawai (betina), itah tembaga, rancang besi, tampang besi, tongkat ali, Smilax callophylla; rumput ~ jantan sj tumbuhan (rumput), Ischaemum muticum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.ba.ga] | تمباݢ

Definisi : , = ~ merah logam ber­warna perang kemerah-merahan yg biasanya digunakan utk dibuat dawai, periuk dll: ~ kuning pancalogam drpd campuran tembaga dgn zink; loyang; ~ putih pancalogam drpd campuran timah putih dgn timah hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembaga

Puisi
 

Api-api tembaga dusun,
     Anak Perlin bergelang kaca;
Bukan mati kerana racun,
     Mati terjelir si ekor mata.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Walau disepuh emas lancung,
     kilat tembaga tampak juga.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bako[bA.ko]kata namatalam yang dibuat daripada tembaga.Simpan bako tok, man nok buat hiah.[sim.pAn bA.ko to/ mAn no/ bu.wA/ hi.jAh]Simpan talam tembaga itu, saya hendak buat perhiasan.
tabak[tA.bA]kata namabekas daripada tembaga berjeluk, biasanya diisi pulut serta dicacak dengan bunga telur di atasnya.Buboh due tabak depan pelamen.[bu.boh du.w« tA.bA d«.pAn p«.lA.men]Letakkan dua tabak di hadapan pelamin.

Kembali ke atas