Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ba.li/] | ترباليق

Definisi : menjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yg di hadapan menjadi di belakang atau yg di atas menjadi di bawah): kereta itu ~; bajunya ~; ~ akal gila; ~ iman bertukar iman; ~ mata Id bp terlampau lama melihat; ~ niat bertukar niat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ba.li/] | ترباليق

Definisi : menjadi songsang letaknya (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah): Sebuah lori balak telah ~ di Batu 15 Jalan Bentung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbalik

Puisi
 

Walau kencang bertiup angin,
     Kapal berlabuh akan terbalik;
Biarlah karam di tengah lautan,
     Namun tidak berpatah balik.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ditempuh nyamuk terbalik,
     ditindih lalat tak dapat bangkit.

Bermaksud :

Terlalu lemah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ketoyong[k«.to.joN]kata adjektif1.     berkenaan gasing yang berpusing terbalik (kepala ke bawah dan paksinya ke atas).Kalau tak bese maen gasing, usahkan nok mangkoh, musing pon ketoyong.[kA.l tA/ bE.s« mA.en gA.siN u.sAh.kAn n/ mAN.kh mu.siN pon k«.to.joN]Kalau tidak biasa bermain gasing, jangankan hendak memangkah, memusing pun terbalik.
balek bokong[bA.le/ b.kN] kedudukan sesuatu yang terbalik tidak seperti keadaan sebenarnya, contohnya baju, kasut.Tok ki pakai kasut balek bokong.[to/ ki pA­­.kAj kA.sut bA.le/ b.kN]Datuk pakai kasut balik bokong.
buo lesong[bu.w l«.soN]kata adjektifberkenaan pusaran air besar di sungai atau lubuk yang sangat berbahaya dan boleh menerbalikkan perahu atau sampan.Jangan perahu kat buo lesong tu, kang tebalek.[dZA.NAn p«.ÄA.hu kAt bu.w l«.soN tu kAN t«.bA.le/]Jangan berperahu di pusaran air besar, nanti terbalik.

Kembali ke atas