Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang mengerip; jenis-jenisnya: ~ air = ~ lembah, Rattus muelleri; ~ bandar = ~ mondok, Rattus norvegicus; ~ rumah, Rattus rattus; ~ sawah, Rattus argentiventer, dll; ~ belanda sj binatang mengerip yg rupanya seakan-akan arnab tetapi lebih kecil, marmut, Cavia porcellus; dimakan ~ bp diambil (dicuri) orang sedikit demi sedikit; awak ~ hendak menampar kepala kucing prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dicita-citakan atau diharap-harapkan; bagai ~ mem-baiki labu prb orang yg mencuba mem­baiki sesuatu yg tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya; (labu) ditebuk (dikerebuk) ~ prb gadis yg sudah dinodai; marahkan ~, lengkiang dibakar prb kerana sakit hati akan sesuatu yg kecil maka melakukan sesuatu yg mendatangkan kerugian besar; rumah ter­bakar, ~ habis keluar prb apabila negeri ditim­pa sesuatu malapetaka, penduduknya drpd orang dagang pun keluarlah meninggal­kannya; spt ~ jatuh ke beras prb orang yg mendapat kedudukan yg mewah; spt ~ masuk roman prb orang yg berasa kecewa kerana tidak mendapat spt yg diharapkannya; menikus mendiamkan diri (tidak berkata-kata atau membantah kerana takut dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tikus I

Puisi
 

Tikus mondok berbaju kemeja,
     Naik ke balai memetik kecapi;
Adik tunduk malukan siapa,
     Malu ke abang belum biasa lagi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Marahkan tikus rengkiang dibakar.

Bermaksud :

Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kuceng pekak[ku.tSeN p«.kA/] sejenis perangkap tikus yang membunuh tikus dengan cara menghempap.Malam tadi seko tikuh besa keno kuceng pekak.[mA.lAm tA.di sE.k ti.kuh b«.sA k«.n ku.tSeN p«.kA/]Malam tadi seekor tikus besar terkena perangkap tikus.
tekek[t«.ke/]kata namasejenis binatang seperti tikus, tinggal dalam kayu dan memakan kayu.   
loboh[l.bh]kata adjektifberkenaan sesuatu seperti guni, beg yang berlubang.Guni beras loboh, karek tikoh.[gu.ni b«.ÄAs lo.boh kA.Äe/ ti.kuh]Guni beras berlubang, digerit tikus.
rebe[Ä«.b«] berkenaan keadaan sesuatu atau seseorang yang tidak terurus.Bilek Kak Long ni reba macam sarang tikuh.[bi.le/ kA/ loN ni Ä«.b« mA.tSAm sA.ÄAN ti.kuh]Bilik Kak Long ini tidak terurus seperti sarang tikus.

Kembali ke atas