Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tung.gal] | توڠݢل

Definisi : 1. tidak ada yg lain lagi, itulah sahaja, satu-satunya: bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil peranan sbg Bahasa Kebangsaan yg ~ pd tahun 1967; berdiri berkaki ~ = berdiri dgn kaki ~ sl berdiri dgn kaki sebelah; anak ~ anak yg seorang sahaja (tidak beradik berkakak); ejen ~ = wakil ~ wakil yg hanya satu; 2. Id bukan jamak; kata ~ mufrat; kalimat ~ Id ayat selapis; 3. tidak berbelah bagi (perasaan, fikiran), dgn sepenuh-penuhnya, bulat-bulat; dgn ~ hati dgn sepenuh hati; setunggal ark tidak berbeza, sama..., se...; ~ darah sama darahnya, seketurunan, sebaka; ~ darjat sama darjat (taraf); menunggalkan 1. menjadikan tunggal (tidak ada dua tiganya): rayuan mereka itu berlawanan dgn perjuangan hendak ~ bahasa kebangsaan; 2. membulatkan (me-musatkan) jadi satu, menyatukan; ~ diri menyatukan diri; ~ fikiran memusatkan (membulatkan, menumpukan) fikiran; ketunggalan 1. perihal tunggal, keesaan; 2. kebulatan (fikiran dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gal] | توڠݢل

Definisi : 1 tidak ada yg lain lagi; hanya satu: anak ~ anak yg seorang saja; wakil ~ wakil yg hanya satu. 2 tidak berbelah bagi; dgn sepenuh-penuhnya (ttg perasaan, fikiran dll): dgn ~ hati dgn sepenuh hati. menunggalkan 1 menjadikan satu. 2 membulatkan menjadi satu: ~ fikiran membulatkan atau memusatkan fikiran. ketunggalan 1 keadaan tunggal; keesaan. 2 kebulatan fikiran dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggal (adjektif)
Bersinonim dengan satu, satu-satunya, mufrad, hanya satu, tiada yang lain, teramung, esa, wahid;,
Kata Terbitan : menunggalkan, ketunggalan,

Puisi
 

Nyiur tunggal kelapa tunggal,
     Tindan menindan kelapa manis;
Berpeluk tinggal bercium tinggal,
     Tinggal abang jangan menangis.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Malang tiada datang tunggal.

Bermaksud :

Malang yang bertimpa-timpa.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kaeh[kAeh]kata namaganti nama diri pertama tunggal.Kaeh tok gemo pegi kede.[kAeh t/ g«.m p«.gi k«.dE]Saya tidak gemar pergi kedai.
koi[kj]kata namaganti nama diri pertama tunggal.Koi tok gemo peel budok tu.[kj t/ g«.m pE/.Eù bu.d/ tu]Saya tidak gemar dengan perangai budak itu.
he[h:E]kata namaganti nama diri pertama tunggal.He nok kede jap[h:E n/ k«.de dZAp]Saya hendak ke kedai sekejap.
aji[A.dZi]kata namaganti nama diri kedua tunggal.Man nampak anak aji panjat pokok semalam.[mAn nAm.pA/ A.nA/ A.dZi pAn.dZAt po.ko/ s«.mA.lAm]Saya nampak anak awak memanjat pokok semalam.
bekontoi[b«.kon.toj]kata adjektifberkenaan seseorang yang sentiasa bersama dengan seseorang lain.Budok tu bekontoi je dengan moknye mentang-mentang anok tungge.[bu.d/ tu b«.kon.toj dZ« d«.NAn m/.ø« m«n.tAN.m«n.tAN A.n/ tuN.gE]Budak itu bekantoi sahaja bersama emaknya, mentang-mentang anak tunggal.

Kembali ke atas