Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata =

Puisi
 

Abang Abu duduk bermenung,
     Mari berjalan Kampung Tembirat;
Hendak mengikat ekor burung,
     Ambillah tali pakai pengikat.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Ada batang,
     cendawan tumbuh.

Bermaksud :

Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing. (Bandingkan dengan: Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh).

 

Lihat selanjutnya...(3)

8

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KARBIN

Karbin ialah senapang yang pendek dan ringan.

Beratnya kira-kira 3.2 kilogram, atau kira-kira 1.4

kilogram kurang daripada berat sepucuk senapang

biasa.

UMUM 
ZIRAFAH

Zirafah ialah haiwan yang tertinggi daripada

kesemua haiwan. Zirafah jantan mungkin

membesar lebih daripada 5.5 meter tingginya – 1.5

meter lebih tinggi daripada gajah Afrika, haiwan

yang kedua tertinggi.

UMUM 
PADI LIAR

=5>Padi liar ialah butir bijirin yang tumbuh pada

=5>rumput akuatik, berkaitan dengan padi. Tangkai padi

=5>liar tumbuh dari 1.2 meter hingga 2.4 meter tingginya.

UMUM 
DIMENSI KEEMPAT

Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan

ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang,

lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter

panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh

digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4,

2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk

memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang–

contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang.

Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat

mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang

bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang

sedang dalam penerbangan pada kedudukan

tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi

keempat, iaitu masa.

UMUM 
DIDGERIDOO

Didgeridoo ialah sejenis alat muzik yang

digunakan oleh Orang Asli Australia di utara

Australia dalam upacara keagamaan. Kebanyakan

alat ini panjangnya lebih kurang 1.5 meter tetapi

ada juga yang panjangnya 3 hingga 4.5 meter.

UMUM 
KALA JENGKING WHIP

Kala jengking whip ialah nama bagi kira-kira

75 spesies haiwan bak kala jengking.

Kebanyakannya berwarna merah tua dan

mempunyai badan leper memanjang dari 1.8

hingga 6.5 sentimeter.

UMUM 
KUPU-KUPU MAHARAJA

=5>Kupu-kupu maharaja ialah kupu-kupu

=5>Eropah yang hidup di kawasan heath. Yang jantan

=5>lebih kecil daripada yang betina, dengan bukaan

=5>sayapnya berukuran 6.8 sentimeter berbanding

=5>dengan bukaan sayap kupu-kupu betina 7.8

=5>sentimeter.

UMUM 
ADJUTAN

Adjutan ialah nama dua spesies burung besar

dalam famili burung botak. Adjutan terdapat di India

dan Asia Tenggara. Adjutan besar tingginya kira-kira

1.5 meter, dan adjutan kecil setinggi sehingga 1.2

meter. Kedua-dua spesies burung ini mempunyai

badan berwarna putih, dan bahagian belakang dan

sayapnya berwarna kelabu tua.

UMUM 
PASIR

=5>Pasir ialah kumpulan butir pasir atau galian kecil

=5>yang peroi serta lebih kasar daripada kelodak atau

=5>tanah liat. Ia juga lebih kecil daripada kelikir. Ahli-

=5>ahli sains mentakrifkan pasir sebagai butir dengan

=5>diameternya berukuran dari 0.06 mm hingga

=5>2.1 mm.

UMUM 
KOWLOON

=5>Kowloon (pend. 799 123), juga dikenali sebagai

=5>Jiulong atau Chiulung, dan New Kowloon (pend.

=5>1 651 064) merupakan sebahagian daripada

=5>kawasan perbandaran yang besar di Hong Kong,

=5>yang sebelum ini ialah wilayah tanggungan United

=5>Kingdom.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas