SHASTRI, LAL BAHADUR | Shastri, Lal Bahadur (1904–1966) ialah perdana menteri India yang kedua. Dia berkhidmat dari tahun 1964 hingga dia meninggal dunia pada tahun 1966. Shastri lahir berhampiran Varanasi. Kehidupan awalnya ditumpukan sepenuhnya pada perjuangan untuk kemerdekaan India. Dia pernah dipenjarakan oleh pihak British sebanyak tujuh kali. | UMUM | |
RAJA HIJAU | RAJA HIJAU (1553-1616), Raja Patani yang keenam (1584-1616). Baginda ialah puteri sulung Sultan Mansur Syah (m.m 1564-1572). Raja Hijau ialah raja yang keenam dalam senarai sembilan orang raja keturunan Dinasti Seri Wangsa yang memerintah Kesultanan Melayu Patani sejak pertengahan abad ke-15 hingga tahun 1688. Raja Hijau ditabal sebagai Raja Patani ketika berusia 31 tahun setelah kemangkatan adindanya, Sultan Bahadur Syah (1573-1584). Baginda adalah puteri pertama yang memerintah Kesultanan Patani. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |