Asbestos ialah sebarang kumpulan serat mineral bak benang yang lembut. Asbestos mempunyai banyak sifat yang menjadikannya berharga dari segi komersial. Misalnya, ia tidak terbakar atau tidak mudah mengalirkan haba atau kuasa elektrik. Ia fleksibel dan kuat serta tidak terjejas oleh kebanyakan bahan kimia. Asbestos boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika banyak dihidu. Ia dianggap tidak menimbulkan bahaya kepada kesihatan jika ia kekal utuh. Asbestos menjadi berbahaya hanya apabila ia berkecai dan membebaskan seratnya yang halus ke udara. Asbestos yang kering dan mudah berkecai dengan sedikit sahaja tekanan dikatakan mudah hancur . Asbestos sedemikian dikaitkan dengan penyakit yang dikenali sebagai asbestosis dan dengan jenis-jenis tertentu kanser. Penyakit ini biasa terjadi di kalangan orang yang bekerja menangani asbestos. |