Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. berambu-rambu (tali, benang, dll), tidak kemas, berserat-serat, kusut: pakai-annya semua kain yg mahal-mahal, tetapi pd setengah-setengah tempat, telah ~ benang-nya; 2. ki tidak menentu, kucar-kacir (fikiran dll): setelah selesai ia membaca buku itu, fikirannya jadi ~ utk mencari pertimbangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ada serabutnya. 2 ber­bulu-bulu atau berambu-rambu pd bahagian tepinya (bkn tali, benang dll). 3 ki tidak menentu fikirannya; kucar-kacir; kelam-kabut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serabut (kata nama)
Bersinonim dengan serat, gentian;,
Kata Terbitan : berserabut, menyerabutkan, keserabutan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROTAN

Rotan ialah bahan yang liat, berserabut. Ia

berasal daripada batang jenis palma yang

tumbuh di timur India, Afrika. Pokok ini

tergolong dalam genus palma yang dikenali

sebagai Calamus . Batang rotan boleh tumbuh

sehingga melebihi 150 meter panjangnya. Pokok

ini memanjat pokok-pokok lain dengan cangkuk

halus pada daunnya.

UMUM 
KELOID

Keloid ialah tisu parut yang wujud di tempat luka

yang sedang sembuh. Ia terdapat dalam pelbagai

bentuk dan saiz. Ia biasanya timbul di atas

permukaan kulit dan melepasi kecederaan asal

pada kulit. Keloid terhasil daripada pengeluaran

berlebihan tisu penghubung berserabut pada

dermis (lapisan dalam kulit). Ia sering timbul

selepas kulit cedera akibat laserasi atau

pembedahan, tetapi ia boleh juga timbul dengan

spontan. Keloid boleh dibuang melalui

pembedahan, tetapi ia kerap muncul semula

beberapa minggu atau bulan kemudian.

UMUM 

Kembali ke atas