Setem perdagangan ialah premium atau  bonus yang diberikan oleh peruncit kepada  pembeli barangan yang membeli secara tunai.  Setem ini dikumpulkan untuk ditukarkan dengan  barangan lain ataupun untuk mendapatkan  diskaun daripada barang dagangan peruncit  tersebut. Syarikat setem perdagangan menjual  setem itu kepada peruncit. Syarikat juga boleh  menebus (menukar) setem tersebut untuk  mendapatkan pelbagai barangan seperti  perkakas, barangan rumah atau peralatan sukan.  Kedai koperasi mungkin memberikan setem bagi  setiap pembelian. Setem ini juga boleh ditukarkan  untuk barangan lain di kedai koperasi. Ahli  perniagaan Amerika, Thomas Sperry,  menubuhkan syarikat setem perdagangan yang  pertama pada tahun 1896. Walaupun penggunaan  setem ini telah merosot, masih terdapat syarikat  yang memberikan setem ini untuk meningkatkan  hasil jualan.  |