Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya di­tentukan atau dipengaruhi oleh asal ke­turunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ ke­turun­annya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg di­lakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; sedarjat sama parasnya atau tingkatannya dsb (bkn pangkat, kedudukan, keturunan, dll) sama darjatnya, setaraf; berdarjat 1. berkedudukan atau bertaraf tinggi (dlm masyarakat), berpangkat: katanya ia cinta padaku, tetapi apabila datang orang yg ~, aku diterajangnya; 2. = ber­darjat-darjat mempunyai (beberapa) darjat atau lapisan, bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): masyarakat yg masih ~-darjat; mendarjatkan 1. menjadikan berdarjat (bertaraf, berkedudukan); 2. membaikkan (menaikkan) mutu atau keadaan; ~ baka membaikkan mutu baka; menyedarjatkan menjadikan sama darjat­nya, menyamakan darjatnya (ting­katannya, kedudukannya), menyetarafkan; pendarjatan perbuatan mewujudkan darjat (dlm sesebuah institusi dll): sistem ~ politik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tingkatan pd pangkat (keturunan, kedudukan dll): Dia menduduki ~ yg tinggi dlm masyarakat Melayu. 2 taraf besar kecilnya; tingkatan: Tiap-tiap denda itu dipadankan dgn ~ kesalahan seseorang. berdarjat 1 berkedudukan (berketurunan, berkelulusan) tinggi; berpangkat. 2 ada darjatnya: satu masyarakat yg ~-darjat. sedarjat sama pangkat (kedudukan, keturunan dll); setaraf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darjat

Peribahasa

Bertanjak baru bertinjau.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EARL

Earl ialah darjat kebesaran terawal bangsawan

Inggeris. Ia juga merupakan gelaran diraja

tertinggi sehinggalah Black Prince dilantik menjadi

Duke of Cornwall pada tahun 1337.

UMUM 
KELAS SOSIAL

Kelas sosial ialah sekumpulan orang ramai

dalam sesebuah masyarakat yang berkongsi

kedudukan sosial yang sama. Kelas sosial wujud

kerana manusia biasanya mengelompokkan

masyarakat ke dalam pelbagai kumpulan yang

berbeza berdasarkan faktor kekayaan, kuasa, darjat,

keturunan, agama, dan kerjaya. Kerap kali manusia

membuat perbezaan kedudukan ini di dalam

fikiran mereka dengan menganggap sesetengah

mereka “lebih baik” daripada yang lain. Ahli sains

sosial menamakan kumpulan ini sebagai kelas

sosial dan menganggap proses pengelompokan

sosial sebagai stratifikasi sosial.

UMUM 
SURAH AL-ZUMAR

Surah al-Zumar ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-39 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

75 ayat. Surah ini dinamakan al-Zumar (kumpulan)

kerana Allah S.W.T. menyebut di dalam surah ini

sekumpulan ahli syurga yang hidup bahagia

bersama golongan mulia dan dihormati serta

sekumpulan ahli neraka yang hidup menderita

bersama golongan hina dan rendah darjat di sisi

Allah S.W.T.

UMUM 
PANGERAN MATUSIN

PANGERAN MATUSIN (? -1880-an), pembesar Mukah, Sarawak.  Dia adalah anak pembesar Brunei dengan orang biasa keturunan Melanau dari Mukah.  Dia dihalau dari Mukah oleh Pangeran Arshad, tetapi Sultan Brunei memperkenankannya menetap di situ.  Mengikut catatan Charles Brooke, Pangeran Matusin disenangi oleh penduduk tempatan kerana kegigihannya dan sifatnya yang tidak memandang darjat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas