Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (idéa) buah fikiran, gagasan: semua ~ yg dikemukakannya bagus tetapi sukar hendak dijalankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /idéa/ rancangan yg tersusun dlm fikiran; buah fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
idea
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :gagas, gagasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PRAGMATISME

Pragmatisme ialah falsafah yang cuba

menerapkan kaedah sains pada falsafah. Idea

utamanya adalah makna dan kebenaran sesuatu idea

ditentukan oleh kesan idea tersebut dalam amalan

dan terhadap kelakuan.

UMUM 
MURDOCH, DAME IRIS

Murdoch, Dame Iris (1919–1999), novelis

British yang terkenal dengan novel-novel falsafah.

Watak dalam semua novelnya menghadapi

kemelut moral yang hebat dalam mengejar erti

cinta sejati dan kebebasan; serta sering terlibat

dalam pergolakan cinta yang kompleks. Ada

pengkritik mengatakan bahawa watak dalam novel

Murdoch merupakan patung bagi membayangkan

idea-idea falsafahnya. Sebaliknya, ada juga yang

memuji khayalan fiksyennya kerana kebijaksanaan

dan pandangan falsafah yang terkandung dalam

novelnya.

UMUM 
FORMALISME

Formalisme, suatu cabang kritikan sastera. Formalisme merupakan suatu cabang kritikan sastera abad ke-20 yang berasaskan pemikiran strukturalisme, terutamanya idea-idea Ferdinand de Saussure.

SASTERAKonsep
PERTIMBANGAN

Pertimbangan melibatkan pemahaman dan

pengakuan bagaimana dua atau lebih idea mungkin

berkeadaan serupa, atau bagaimana ia mungkin

berbeza. Kita membuat pertimbangan bahawa idea

ialah sesuatu perkara tertentu dan bahawa ia bukan

sesuatu perkara yang lain.

UMUM 
PROUST, JOSEPH LOUIS

Proust, Joseph Louis (1754–1826) ialah ahli

kimia Perancis. Dia menjadi terkenal kerana

menyokong idea bahawa setiap sebatian kimia

tulen terdiri daripada unsur dalam perkadaran

yang ditetapkan. Ahli sains kini menerima idea ini

sebagai hukum perkadaran malar.

UMUM 
KECERDASAN

Kecerdasan. Manusia mempunyai perbezaan

dalam kecepatan mereka mempelajari sesuatu

perkara dan sebaik serta selama mana mereka

mengingati sesuatu idea. Mereka juga berbeza

dalam keupayaan untuk memahami idea dan

menggunakan pengetahuan mereka untuk

menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya,

sesetengah orang boleh menyelesaikan masalah

matematik dengan cepat. Sesetengahnya pula

boleh memahami dengan cepat cara mesin
beroperasi. Ada pula orang yang dengan mudah

dapat mempelajari perkataan baru atau bahasa

asing. Kesemua keupayaan ini – dan banyak lagi –

ialah faktor yang dinamakan kecerdasan.

UMUM 
MORES

Mores ialah adat resam yang menggambarkan

idea sesebuah masyarakat mengenai yang betul

dan yang salah. Contoh mores termasuk larangan

dalam kebanyakan masyarakat tentang

pembunuhan, kanibalisme, dan inses (perbuatan

sumbang muhrim). Orang yang mencabuli mores

masyarakatnya, akan menghadapi tentangan dan

hukuman yang keras. Istilah mores berasal

daripada perkataan Latin yang bermaksud adat.

UMUM 
PUISI SIMFONI

Puisi simfoni ialah komposisi orkestra yang

cuba menggambarkan idea bukan muzik dalam

muzik. Penggubah mengasaskan puisi simfoni

pada puisi, lakonan, cerita, episod dari sejarah,

pemandangan alam, lukisan dan kenyataan falsafah.

Puisi simfoni berkembang daripada overtur

konsert . Seperti overtur konsert, kebanyakan puisi

simfoni terdiri daripada satu babak (bahagian).

Tetapi sesetengahnya ditulis dengan lebih bebas

dan lebih panjang.

UMUM 
TAMAN TEMA

Taman tema ialah pusat hiburan luar yang

menawarkan aktiviti tunggangan, permainan,

pameran, dan pertunjukan yang berdasarkan satu

atau lebih idea istimewa, atau tema. Penggunaan

tema merupakan perbezaan utama di antara taman

tema dan taman hiburan tradisional. Taman hiburan

menawarkan pilihan pelbagai jenis hiburan, seperti

pengenderaan roller-coaster , roda ferris, kuda

pusing, dan permainan sampingan termasuk baling

kelapa, dan galeri sasar. Taman tema menawarkan

hiburan berkaitan antara satu sama lain dengan idea

yang biasa seperti hidupan liar, pengembaraan

angkasa, atau cara manusia hidup pada zaman

silam. Di dalam taman hiburan, pengunjung perlu

membayar untuk setiap permainan, tunggangan,

atau hiburan lain secara berasingan. Di dalam taman

tema, pengunjung biasanya membayar sekali gus

untuk masuk dan menyertai semua acara permainan

dan hiburan.

UMUM 
KEBEBASAN AKHBAR

Kebebasan akhbar ialah hak untuk

menerbitkan fakta, idea, dan pendapat tanpa

gangguan daripada kerajaan atau daripada

kumpulan persendirian.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas