Definisi : sl pengiring, pembantu: siapa yg akan menjadi ~ patik jikalau tiada ia; berkapit ada kapitnya, berpengiring, berpembantu: marilah sertai hamba duduk kerana hamba tiada ~; mengapit 1. menekan drpd kedua-dua belah sisi, menghimpit: nasi itu dikapit dgn dua keping papan supaya padat; 2. mengiringi: ~ pengantin; mengapitkan menjadikan tersepit (terhimpit); terkapit terhimpit, tersepit: benda itu ~ di celah kayu; kapitan 1. alat utk mengapit (memerah), apitan: air tebu yg mengalir dr ~; 2. kapit; pengapit pengiring, ajutan; ~ pengantin pengiring pengantin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : , = pengapit 1 orang yg menemani atau membantu raja dll; pembantu atau teman: ~ pengantin orang yg menjadi teman pengantin dlm majlis perkahwinan; ~ raja raja muda. 2 alat yg digunakan utk menyepit. berkapit ada kapitnya; ada temannya (pembantunya). mengapit 1 menekan dr kedua-dua belah tepi atau sisi; menghimpit; menyepit. 2 menemani atau membantu (raja, pengantin dsb). terkapit terhimpit; tersepit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)