SURAH AL-MULK | Surah al-Mulk ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-67 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 30 ayat. Nama surah al-Mulk (kuasa pemerintahan) diambil berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiaptiap sesuatu”. (Surah al-Mulk 67:1) | UMUM | |
TIRSO DE MOLINA | Tirso de Molina ialah nama pena Gabriel Tellez (1584–1648), penulis drama Sepanyol. Maha karyanya The Deceiver of Seville (1630) memperkenalkan legenda Don Juan dalam kesusasteraan (lihat Don Juan ). Tirso mungkin menulis hampir 400 drama, tetapi hanya 86 drama yang masih wujud, termasuk drama sejarah dan agama, komedi ringan berkenaan masyarakat istana, dan tragedi romantik. Tirso memahami psikologi dan menunjukkan kemahiran yang lebih menonjol dalam mencipta watak dari penulis drama Sepanyol lain pada zamannya. Dia juga menulis cerita ringan, The Gardens of Toleda (1624), dan yang lebih serius Pleasure with Profit (1635), beberapa koleksi cerita, drama pendek dan puisi. Tirso lahir di Madrid. Dia ialah seorang rahib dan pegawai penting di dalam gereja Order of Mercy . | UMUM | |
SURAH AL-RAHMAN | Surah al-Rahman ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah ke-55 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 78 ayat. Surah ini dinamakan al-Rahman (Yang Maha Pemurah), kerana permulaannya menerangkan hakikat perkataan al-Rahman, sebagai jawapan kepada sendaan orang kafir Makkah ketika diturunkan ayat berikut yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): Sujudlah kamu kepada al-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)! Mereka bertanya: Dan siapakah al-Rahman itu?”. (Surah al-Furqan 25:60) | UMUM | |
SURAH AL-DHARIYAT | Surah al-Dhariyat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-51 mengikut susunan surah-surah dalam al-Qur’an dan mengandungi 60 ayat. Surah ini dinamakan al- Dhariyat kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan nama al-Dhariyat yang bermaksud angin kencang yang menerbangkan semua benda. Seperti surah Makkiyyah yang lain, Surah al-Dhariyat juga menekankan aspek-aspek keimanan kepada kekuasaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa dan pembinaan akidah yang kukuh yang berasaskan ketakwaan dan keimanan. | UMUM | |
NABI SALIH A.S. | Nabi Salih a.s. diutuskan kepada kaum Thamud. Nabi Salih a.s. menyeru kaum Thamud agar menyahut seruan baginda iaitu menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa. Baginda mengajak kaum baginda agar sentiasa mengingati kebesaran Allah SWT, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Namun kaum Thamud menolak mentah-mentah seruan Nabi Salih a.s. dan menuduh baginda sebagai ahli sihir. | UMUM | |
SURAH AL-MA'IDAH | Surah al-Ma’idah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang kelima mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 120 ayat. Surah ini dinamakan al-Ma’idah (hidangan) berdasarkan perkataan itu yang disebut di dalamnya. Surah al-Ma’idah menceritakan tuntutan golongan Hawari kepada Nabi Isa a.s. sebagai bukti kebenaran kenabiannya. Penyempurnaan tuntutan itu menjadi hiburan bagi mereka. Kisah al-Ma’idah ini sangat mengagumkan dan terkandung di dalam banyak ayat al-Qur’an dengan gambaran yang halus daripada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. | UMUM | |
SURAH GHAFIR | Surah Ghafir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-40 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 85 ayat. Surah ini dinamakan Ghafir (Maha Pengampun) kerana adalah satu sifat daripada sifat-sifat Allah S.W.T. yang disebutkan di awal surah ini sebagaimana firmannya yang bermaksud: “Yang mengampunkan dosa, dan Yang menerima taubat; Yang keras seksanya; Yang melimpah-limpah kurnianya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepada-Nyalah tempat kembali”. (Surah Ghafir 40:3) | UMUM | |
THOMSON, JAMES | Thomson, James (1700–1748) ialah penyair Scotland yang amat disanjung pada tahun 1700-an sebelum kemunculan Robert Burns. Pada tahun 1725, Thomson mengembara dari Scotland ke London. Di London, dia menerbitkan maha karya, The Seasons (1726 – 1730, edisi kedua 1744 – 1746). Thomson menyimpang daripada gaya puisi lucu tiruan semasa dan beralih kepada alam semula jadi sebagai tema. Dia memberikan gambaran yang jelas dan segar mengenai alam semula jadi dalam rangkap tanpa rima yang padat. Gaya penulisan ini membawa kepada gerakan romantik pada akhir tahun 1700-an. Thomson lahir di Ednam, sebuah daerah di tanah pamah Scotland. Dia menghasilkan tragedi, puisi berjudul Liberty (1735 – 1736), dan The Castle of Indolence (1748), puisi tiruan berdasarkan karya Edmund Spenser. | UMUM | |
SURAH AL-A‘LA | Surah al-A‘la ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-87 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 19 ayat. Surah ini dinamakan al-A‘la (Yang Maha Tinggi) kerana sifat Allah S.W.T. ini disebutkan pada pembukaan surah ini. | UMUM | |
ALLAH | Allah, Tuhan (Ilah) yang Maha Esa, pencipta (Khaliq) dan pentadbir (Rabb) alam semesta. Dalam hubungan ini, terdapat 2 doktrin dalam mengimani kewujudan Allah SWT iaitu pengesaan dalam bentuk ketuhanan (tauhid uluhiyyah) iaitu mengimani bahawa Allah SWT ialah pencipta alam ini. | AGAMA | Konsep |