Skald ialah perkataan dalam bahasa Iceland yang bermaksud penyair, yang merujuk kepada penyair Scandinavia pada Zaman Pertengahan. Dari tahun 900-an hingga tahun 1200-an, kebanyakan penyair istana di Scandinavia berasal dari Iceland. Kebanyakan puisi skald memuliakan pemimpin yang berkhidmat dengan skald. Banyak daripada puisi ini atau sebahagiannya dipelihara dalam sagas Iceland tahun 1100-an dan 1200-an. Puisi skald sangat kompleks bentuknya. Ia mempunyai pola aliterasi (persamaan rima dengan pengulangan bunyi yang pertama) yang terkawal dan konsonan (sejenis rima antara suku kata yang mengandungi vokal yang berbeza tetapi berakhir dengan konsonan yang sama). Puisi skald juga menggunakan sejenis metafora luasan yang disebut sebagai kenning. Lihat juga Edda; Saga. |