Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. terlanggar sesuatu (spt dasar laut atau sungai, beting, batu karang dll) dan sering kali tidak dapat bergerak lagi: kalau ada beting di pintu pelabuhan, tentulah kapal-kapal besar akan ~; 2. ki tersekat di pertengahan jalan (tidak berkesudahan dgn kejayaan, kebahagiaan, dsb), terbantut, gagal (tidak dapat diteruskan): banyak kanak-kanak yg ~ dlm pelajaran; rancangan dan usahanya ~ di tengah jalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak dpt bergerak atau tidak dpt belayar kerana terlanggar pd perut laut, batu karang dll: Kapal itu pun ~ pd beting pasir dan tidak dpt belayar lagi. 2 ki tidak dpt meneruskan sesuatu usaha dll; tersekat di pertengahan jalan (spt tidak lulus dlm peperiksaan dll); gagal: Banyak murid yg ~ dlm ujian itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandas (adjektif)
Bersinonim dengan gagal, tewas, tidak lulus, tidak berjaya;,
Kata Terbitan : terkandas,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AHMAD MAHMOOD

AHMAD MAHMOOD (1926-     ), pelakon, pengarah dan penerbit filem. Dia lahir pada 3 Januari 1926 di Kampung Chembong, Negeri Sembilan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Paya Rumput dan Sekolah Melayu Alor Gajah, Melaka. Dia juga pernah belajar di Junior Technical Trade School tetapi terkandas apabila Jepun menduduki Tanah Melayu.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas